MELAKA: Hutan Simpan Tanjung Tuan, Alor Gajah dicadangkan untuk dijadikan sebagai hutan pelancongan dan pendidikan dalam usaha memastikan alam semula jadi di kawasan itu kekal terpelihara.
Presiden Pencinta Alam Malaysia (MNS) Prof Dr Ahmad Ismail berkata kombinasi hutan hujan tropika dan paya bakau menjadikan Tanjung Tuan sangat unik, selain merupakan lokasi penting bagi aktiviti memerhati burung di negara ini.
Beliau berkata hutan seluas 607,000 meter persegi itu telah diiktiraf sebagai kawasan penting burung dan kepelbagaian biologi, selain sebagai tempat penting burung pemangsa oleh pertubuhan antarabangsa.
Justeru, katanya, ia wajar diberikan perhatian dan seluruh rakyat Malaysia patut melindungi kawasan itu serta memerlukan pengurusan yang baik.
"Hutan hujan di darat dan hutan bakau di persisiran pantai Tanjung Tuan ini mesti disimpan untuk kepentingan ekologi, pendidikan, penyelidikan dan ekopelancongan untuk masa generasi akan datang," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Ahmad berkata Hutan Simpan Tanjung Tuan adalah antara kawasan hutan hujan pantai yang masih wujud di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu dan diwartakan sebagai hutan simpan, santuari hidupan liar dan kawasan larangan menangkap ikan, selain merupakan kawasan bersejarah kerana rumah apinya yang dibina sekitar 1528 dan 1529 oleh Portugis.
"Bagi kawasan hutan bakau pula, kemudahan asas untuk aktiviti pendidikan, penyelidikan dan ekopelancongan boleh disediakan dengan kemudahan seperti laluan pelantar yang tidak mengganggu hutan bakau," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata sempena Hari Alam Sekitar peringkat negeri pada Sabtu lepas, sebanyak 100 anak pokok bakau kurap, 100 anak bakau minyak dan 400 anak benih pokok bakau kurap telah ditanam di hutan simpan itu, yang antara lain bertujuan memulihkan ekosistem paya bakau di Tanjung Tuan yang musnah akibat kejadian tumpahan minyak pada 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 12 2022

Ahmad menunjukkan lokasi Hutan Simpan Tanjung Tuan yang menjadi laluan penghijrahan burung pemangsa yang melintasi Selat Melaka dari Pulau Rupat di Sumatera ke Tanjung Tuan di Melaka setiap tahun. -Bernama

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Ketua PBB seru hentikan kerosakan di bumi
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Isnin menyeru tindakan segera bagi menghentikan kerosakan di Bumi dengan menyatakan hampir 40 peratus tanah di planet ini

NGO saran Hutan Simpan Tanjung Tuan dijadikan hutan pelancongan, pendidikan
Hutan seluas 607,000 meter persegi itu telah diiktiraf sebagai kawasan penting burung dan kepelbagaian biologi, selain sebagai tempat penting burung pemangsa oleh pertubuhan antarabangsa.

Institusi kewangan mula ambil langkah tangani perubahan iklim - CGS CIMB
Bank-bank di negara ini didapati mula menunjukkan kemajuan dalam menangani risiko perubahan iklim.

COVID-19: Kelantan batal penganjuran acara libatkan orang luar
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, surat arahan mengenai perkara berkenaan belum dikeluarkan.

Semangat memulihara alam sekitar bersama UCSI dengan Kempen Hijau
Beberapa gerai bertemakan Hari Alam Sekitar Sedunia dibuka termasuk yang menjual tanaman dalam pasu dan produk lain yang mesra alam.