Nigeria dijangka meningkatkan import minyak sawit mentah (MSM) serta olein sawit dari Malaysia bagi menambah stok simpanan serta menampung permintaan pasca COVID-19.
Menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), langkah itu turut dipacu oleh pengumuman kerajaan Malaysia baru-baru ini berhubung pengecualian 100 peratus duti eksport MSM mulai 1 Julai sehingga 31 Dis, 2020 yang memberi kelebihan kepada pengeksport tempatan.
Dalam laporan mengenai pasaran minyak sawit Nigeria pada Jumaat, MPOC berkata faktor-faktor utama yang merangsang penggunaan minyak sawit di negara Afrika itu adalah peningkatan permintaan pengguna berikutan pertambahan saiz penduduk selain harga MSM di peringkat global.
"Penurunan harga antarabangsa MSM lazimnya akan meningkatkan import minyak sawit selain faktor penyeludupan dari negara-negara jirannya di Afrika Barat.
"Meskipun membayar duti import sebanyak 35 peratus, para pengimport di Nigeria juga tidak dihalang daripada mengimport lebih banyak minyak sawit Malaysia dan Indonesia.
"Ini disebabkan permintaan itu sentiasa ada dan minyak sawit import juga jauh lebih murah berbanding yang dihasilkan di peringkat tempatan," katanya.
MPOC berkata aliran pertumbuhan itu juga diunjur berterusan pada kadar lebih rendah ketika minyak sawit terus menjadi sumber makanan utama bagi penggunaan isi rumah (permintaan sebanyak 70 peratus) manakala bakinya membabitkan sektor pengeluaran dan HORECA (hotel, restoran dan kafe).
Menurut laporan itu, sejajar dengan jangkaan bancian 2019 mengenai pertambahan penduduknya mencecah 200 juta orang, keperluan tahunan Nigeria bagi minyak sayuran dan lelemak adalah 2.34 juta tan metrik demi menampung keperluan makanan dan penggunaan bukan makanan di peringkat domestik.
"Nigeria merupakan negara pengguna terbesar minyak dan lelemak di benua kecil Afrika serta pengimport terbesar minyak sawit Malaysia dari rantau itu," katanya.
Selain minyak sawit Malaysia, Nigeria turut mengimport sejumlah besar komoditi itu dari Indonesia dan negara jirannya seperti Benin, Togo dan Ivory Coast.
"Sejak lima tahun lepas, purata import minyak sawit Nigeria adalah 1.31 juta tan metrik setahun," katanya.
Purata import minyak sawit Malaysia bagi tempoh tersebut adalah kira-kira 240,000 tan metrik setahun dengan bahagian bahagian pasarannya sekitar 18 peratus.
Untuk rekod, jumlah tahunan tertinggi minyak sawit Malaysia yang pernah diimport oleh Nigeria adalah sebanyak 384,000 tan metrik pada 2011.
Mengikut data Oil World, stok minyak sawit Nigeria pada akhir Mac 2020 mencecah 100,000 tan metrik berbanding jumlah simpanan minyak sayuran sebanyak 124,000 tan merik, sekali gus menjadikan stok simpanan minyak sawit meliputi 81.5 peratus daripada jumlah simpanan minyak sayuran.
Berdasarkan aliran itu, stok simpanan minyak sawit dijangka menyaksikan aliran penurunan daripada paras tinggi sebanyak 295,000 tan metrik pada akhir Mac, 2019.
Sementara itu, maklumat eksport minyak sawit Malaysia oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia menunjukkan bagi tempoh Jan-Mei 2020, Nigeria telah mengimport sejumlah 113,000 tan metrik komoditi itu, kebanyakannya dalam bentuk MSM/olein sawit.
Angka itu adalah 13.2 peratus lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lepas.
Mengikut aliran 2019, import minyak sawit Malaysia bagi Jun-Ogos adalah rendah iaitu hanya 33,800 tan metrik.
"Bagaimana pun dalam keadaan sekarang dengan paras stok simpanan yang rendah, peningkatan permintaan dan harga minyak sawit yang amat kompetitif, adalah dijangkakan Nigeria akan mengimport lebih banyak minyak sawit," kata MPOC.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 26 2020
MPOC berkata langkah itu turut dipacu oleh pengumuman kerajaan Malaysia berhubung pengecualian 100 peratus duti eksport MSM mulai 1 Julai ini. - Gambar fail
Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh penarafan positif terkini oleh Moody's terhadap penarafan kredit berdaulat Malaysia.
Israk dan Mikraj: Perjalanan spritual dengan impak besar - PM Anwar
Ia satu perjalanan spiritual yang hadir bersama amanah solat dan mempunyai dampak yang besar kepada roh dan kekuatan dalaman umat Islam.
AWANI Ringkas: Nasihat PM kepada pesawah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ChatGPT o3-mini ditawar kepada semua, termasuk pengguna percuma
Ia sangat sesuai dalam memberikan penyelesaian lebih kreatif, termasuk melibatkan matematik, sains dan sebagainya.
Peraduan Fotografi peringati Andrei Stenin dibuka, tawar hadiah sehingga RM31,000
Peraduan yang dijalankan kekal sebagai mercu tanda bagi jurufoto profesional di seluruh dunia meraikan integriti dan ekspresi seni.
AWANI Pagi: Seni mengawal emosi: Langkah atasi panas baran
Diskusi 8.30 pagi Isnin bersama Anggota Lembaga Kaunselor Malaysia, Prof Madya Dr. Azmawaty membincangkan mengenai isu panas baran yang iazimnya membawa kepada tindakan di luar kawalan serta bagaimana untuk tanganinya secara bijak lagi berseni.
#AWANIRingkas 27 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Januari 2025
1️⃣ Nasihat PM kepada pesawah
2️⃣ Lawatan negara Prabowo Subianto
3️⃣ Diskaun tol sempena Tahun Baharu Cina
#awaniringkas
1️⃣ Nasihat PM kepada pesawah
2️⃣ Lawatan negara Prabowo Subianto
3️⃣ Diskaun tol sempena Tahun Baharu Cina
#awaniringkas
Yusri mahu Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Yusri Che Lah mampu tersenyum lebar selepas menyaksikan skuad bimbingannya menang bergaya 7-0 ke atas KDN FC.
WEF2025: Banteras penggunaan plastik, masih jauh perjalanan
Pencemaran plastik menjadi ancaman global dengan lebih 8 juta tan plastik memasuki lautan setiap tahun, membahayakan alam sekitar dan kesihatan manusia. Global Plastic Action Partnership berusaha untuk mengurangkan penggunaan plastik yang tidak dikitar semula, seperti yang dibincangkan dalam World Economic Forum 2025.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.38 seliter kepada RM3.43 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Jan.
MPOC unjur penurunan bermusim eksport minyak sawit pada Januari, Februari 2025
Hala tuju harga minyak sawit pada 2025 akan banyak bergantung kepada dinamik bekalan eksport dari Malaysia dan Indonesia, bersama-sama dengan peralihan dasar di Amerika Syarikat dan Indonesia.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat lima sen kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jan.
Pasaran getah KL ditutup lebih tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen seliter daripada RM3.28 kepada RM3.33 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 Jan.
Pasaran getah ditutup rendah
Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin berikutan aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras yang lemah, kata seorang peniaga.
Pasaran getah ditutup rendah
Pasaran getah tempatan terus ditutup rendah pada Jumaat, seiring dengan aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
AmInvestment unjur RM1.7 bilion caruman KWSP bukan warganegara pacu pasaran ekuiti
AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan sumbangan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyalurkan sehingga RM1.7 bilion dalam aliran masuk tahunan pasaran ekuiti domestik Malaysia.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 naik tiga sen
Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter, manakala di Semenanjung Malaysia naik tiga sen kepada RM2.98 seliter.