SHAH ALAM: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Tan Sri Noh Omar akan mengetuai delegasi koperasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) di Seville, Sepanyol yang bermula esok hingga 22 Jun ini.
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) Halim Ibrahim berkata sebanyak 312 buah koperasi dari 112 buah negara bakal menyertai perhimpunan agung dan persidangan yang bertemakan "ICA Cooperatives: The Moment Is Now!".
Persidangan itu diadakan bagi membincangkan dasar dan hala tuju koperasi serta kolaborasi dalam perkongsian ilmu, kepakaran, teknologi, budaya agar sektor koperasi kekal relevan dalam memberikan sumbangan yang signifikan terhadap pembangunan sosioekonomi masyarakat dan komuniti.
Dalam satu kenyataan di sini, Halim berkata Noh yang juga berada di sana untuk lawatan kerja sehingga 24 Jun dijadual mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Transformasi Digital Sepanyol, Nadia Calvino Santamaria.
"Kunjungan hormat itu bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan membincangkan kerjasama pelbagai bidang yang boleh dijalinkan khususnya dalam pembangunan gerakan koperasi dan keusahawanan," jelas beliau.
Selain itu, menteri itu akan mengadakan beberapa pertemuan bersemuka dengan pemimpin negara di Seville dan Madrid.
Di samping itu, menerusi lawatan kerja berkenaan, ANGKASA akan turut memuktamadkan memorandum kerjasama dengan Indian Farmers Fertiliser Cooperative Limited (IFFCO) berkenaan pembekalan baja nano.
"Perjanjian memorandum ini akan memberi manfaat kepada koperasi yang terlibat dalam sektor pertanian dan industri asas tani serta sektor perladangan," tambah Halim.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022

Tan Sri Noh Omar akan mengetuai delegasi koperasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) di Seville, Sepanyol yang bermula esok hingga 22 Jun ini. - Gambar fail/BERNAMA

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Noh Omar ketuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung ICA di Sepanyol
Sebanyak 312 buah koperasi dari 112 buah negara bakal menyertai perhimpunan agung dan persidangan yang bertemakan "ICA Cooperatives: The Moment Is Now!".