KUALA LUMPUR: Nombor pendaftaran siri FF berjaya memecah rekod kutipan tertinggi dalam sejarah negara sejak bidaan dalam talian dipekenalkan, dengan mencecah nilai keseluruhan hampir RM34.3 juta.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, berdasarkan rekod, FF8 menduduki bidaan tertinggi dengan RM950,000.
"FF8 adalah nombor pendaftaran paling tinggi dibida dengan nilai RM950,000, diikuti FF9 (RM911,999); FF3 (RM639,000); FF2 (RM638,000) dan FF7 (RM633,000).
"Selain itu, lima nombor pendaftaran paling diminati ialah FF199 yang dibida 34 orang, manakala FF51 (32 pembida), diikuti FF155, FF555 dan FF1688 yang masing-masing dibida 29 individu.
"Siri FF amat diminati kerana trend yang dikenal pasti ialah orang ramai sangat meminati (nombor pendaftaran) yang abjadnya sama.
"FF ini saya difahamkan ramai pemilik kenderaan Ferrari yang minat. Sudah tentu FF nombor siri yang sangat istimewa," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, pada Isnin.
Anthony Loke memberitahu, proses bidaan yang sepatutnya ditutup pada 18 Mei lalu juga terpaksa dipanjangkan selama 24 jam kerana terlalu ramai yang menaikkan jumlah bidaan pada saat akhir dengan keadaan itu menyebabkan sistem Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) tergendala seketika.
Dalam pada itu, beliau berkata, proses bidaan antara 14 hingga 19 Mei lalu, turut merekodkan penyertaan paling ramai membabitkan 34,032 pembida dengan 8,348 pembida berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.
Menurutnya, setiap pembida dibenarkan untuk membida tiga kali dan pembida tertinggi akan mendapat nombor berkenaan.
Umavathi Ramayah
Mon May 22 2023
![Nombor plat FF8 catat bidaan tertinggi, kutipan keseluruhan cecah RM34.3 juta Nombor plat FF8 catat bidaan tertinggi, kutipan keseluruhan cecah RM34.3 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681710787_AnthonyLokeSiewFo.jpg)
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, berdasarkan rekod, FF8 menduduki bidaan tertinggi dengan RM950,000. - Fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (5 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [5/2/2025] – Siasatan Op Sky | Trump mahu Gaza | Pemulihan populasi Harimau Malaya | Laluan haram disekat
- Trump rancang ambil alih Gaza, paksa warga Palestin pindah negara luar
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
![Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706182231_TBTHAIPUSAM.jpg)
Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa ini.
#AWANI Tonight 5 Feb 2025
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. Trump says U.S will take over Gaza, permanently resettle all Palestinians
2. Philippine lawmakers vote to impeach VP Sara Duterte
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Trump says U.S will take over Gaza, permanently resettle all Palestinians
2. Philippine lawmakers vote to impeach VP Sara Duterte
#AWANIEnglish #AWANINews
![China tolak rancangan Trump untuk ambil alih Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin China tolak rancangan Trump untuk ambil alih Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732314016_TBChinaflag.jpg)
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
AWANI Tonight: Trump's takeover plan will threaten regional stability
Trump's proposal for the U.S. to take over Gaza would displace millions of Palestinians, heighten tensions, and undermine the peace process, according to Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad from MyAqsa Foundation.
AWANI Tonight: Thailand cuts power to Myanmar border areas linked to fraud
Thailand will suspend electricity supply to certain border areas shared with Myanmar to curb scam operations, with further discussions to be held by Prime Minister Paetongtarn Shinawatra and the National Security Council.
AWANI Tonight: Philippines: House votes to impeach VP Sara Duterte
The Philippine Lower House has endorsed an impeachment complaint against Vice President Sara Duterte, which will now move to the Upper House for trial, potentially leading to her removal from office and a lifetime ban from holding any future government position.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Pertahanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Konflik Gaza | Titah Adendum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Nombor plat FF8 catat bidaan tertinggi, kutipan keseluruhan cecah RM34.3 juta Nombor plat FF8 catat bidaan tertinggi, kutipan keseluruhan cecah RM34.3 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681710787_AnthonyLokeSiewFo.jpg)
Nombor plat FF8 catat bidaan tertinggi, kutipan keseluruhan cecah RM34.3 juta
Nombor pendaftaran siri FF berjaya memecah rekod kutipan tertinggi dalam sejarah negara sejak bidaan dalam talian dipekenalkan, dengan mencecah nilai keseluruhan hampir RM34.3 juta.