KUANTAN: Nombor pendaftaran plat khas Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan dibuka untuk bidaan bermula 1 hingga 14 Februari depan.
Proses bidaan plat khas 'UC 1 hingga UC 9999' ' itu akan dilakukan secara dalam talian dengan nilai bidaan bermula RM1,000 untuk nombor empat digit dan RM200,000 bagi nombor tunggal.
Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, pelajar dan staf UMP turut berpeluang mendapat plat khas itu dengan harga istimewa selepas tawaran dibuka untuk mereka mulai 25 Februari depan.
Menurut, penjualan siri nombor pendaftaran tersebut dijangka mampu mencecah sehingga RM3.5 juta bagi fasa pertama dengan proses bidaan dikendalikan syarikat dilantik, Aquatwo Sdn. Bhd.
"Pemilihan nombor pendaftaran UC ini kerana ia mempunyai keunikan tersendiri.
“Kombinasi kedua huruf UC ini diambil bagi mewakili huruf U yang merupakan awalan perkataan UMP manakala C merupakan nombor pendaftaran kenderaan rasmi bagi negeri ini yang juga identiti negeri Pahang,” katanya pada majlis penyerahan nombor plat khas UC di UMP Gambang di sini pada Jumaat.
Hadir sama, Profesor Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMP dan Pengarah Urusan Aquatwo Sdn Bhd, Datin Nabiha Mustapha.
Dr Abdul Aziz berkata, keputusan penjualan nombor plat khas itu susulan hasrat dan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menyasarkan semua universiti awam untuk menjana pendapatan sendiri.
"Ia juga sebahagian usaha Yayasan UMP untuk meningkatkan sumber pendapatan.
"Hasil daripada usaha ini akan disalurkan untuk pelbagai program kebajikan bagi manfaat pelajar dan golongan memerlukan," katanya.
Bagi yang berminat boleh melayari laman sesawang http://www.ucplat.com.my bagi mengikuti perkembangan prosed bidaan nombor pendaftaran UC ini nanti bermula 1 hingga 14 Februari 2022.
Nombor UC ini boleh didaftarkan bermula 1 Mac 2022 sehingga Oktober 2024.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 28 2022

Dr Abdul Aziz (empat dari kanan) menerima nombor khas plat UC dalam majlis penyerahan yang berlangsung di UMP Gambang di sini pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

UMP kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
Pertukaran nama itu tidak mengubah bidang fokus utama universiti, program pengajian serta enrolmen, selaras matlamat penubuhannya.

Agong berkenan berbuka puasa bersama warga UMP
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berbuka puasa bersama kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini.

UMP, TDA meterai MoU di dasar laut
Kerjasama ini bakal memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam usaha membangunkan organisasi terutama dalam hal-hal berkaitan penyelidikan, pembangunan, dan program bersama komuniti di Tioman.

Nombor plat khas UMP 'UC' dibuka untuk bidaan 1 Februari ini
Proses bidaan plat khas 'UC 1 hingga UC 9999' itu akan dilakukan secara dalam talian dengan nilai bidaan bermula RM1,000 untuk nombor empat digit dan RM200,000 bagi nombor tunggal.

12 pensyarah UMP disenarai "Top 2% Scientist"
Ia dianggap sebagai pengiktirafan yang akan memacu interaksi antara penyelidik tempatan dan antarabangsa

Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja adalah prerogatif Agong - Pengarah Itkas
Tindakan mana-mana pihak yang mempertikai prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil perbincangan khas menunjukkan pengabaian kepada prinsip kedaulatan negara dalam pentafsiran Perlembagaan.

Dua penuntut UMP ditemukan lemas di Air Terjun Pandan
Mangsa A. Sharvin Ananth, 23, dan R.Goobi, 23, difahamkan ke air terjun itu bersama sembilan lagi rakan untuk beriadah.

PdPR: UMP cipta studio berinovasi mudahkan pembelajaran dalam talian
Universiti Malaysia Pahang (UMP) menghasilkan satu studio berinovasi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian lebih menarik dan interaktif.

KKM galak pesakit kronik dapatkan bekalan ubat secara pos - Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan pesakit kronik mendapatkan bekalan ubat melalui kaedah UMP.

Kadar kebolehpasaran graduan UMP meningkat kepada 96.3 peratus tahun lepas
Jadi pendorong kepada pihak universiti untuk mengekalkan momentum peningkatan kebolehpasaran graduannya pada tahun ini.