KUALA LUMPUR: Bekas Duta Besar Malaysia ke Belanda Datuk Noor Farida Ariffin yang meninggal dunia semalam pada usia 76 tahun, merupakan tokoh cukup dikenali dalam sistem perundangan serta kehakiman negara, dan pernah mewakili Malaysia dalam tiga kapasiti berasingan pada kemuncak kerjayanya.
Tokoh kelahiran Perak yang dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Belanda dari 2000 hingga 2007 itu pernah dilantik sebagai Ejen Bersama Malaysia bagi kes Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Hague.
Di samping itu arwah juga pernah dilantik sebagai wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW), yang berpangkalan di The Hague.
Noor Farida yang menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur di sini mengharungi laluan kerjaya yang cukup cemerlang sepanjang kariernya selama 36 tahun dalam Perkhidmatan Awam, sebelum bersara pada 2012.
Arwah yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan Methodist dan Sekolah Menengah King Edward VII di Taiping, Perak, menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sebagai Pegawai Undang-undang di Pejabat Peguam Negara pada 1971.
Allahyarhamah Noor Farida menamatkan pengajiannya dalam bidang undang-undang di Inns of Court di London dan berkhidmat dalam pelbagai jawatan termasuk sebagai majistret, penolong kanan pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dalam tempoh 1972 hingga 1976.
Allahyarhamah dilantik sebagai Pengarah Biro Bantuan Guaman dari 1980 hingga 1983 dan dipinjamkan ke jawatan Pengarah Program Wanita dan Pembangunan selama dua penggal (1988).
Kemudiannya allahyarhamah menyandang jawatan Ketua Bahagian Perundangan, Kementerian Luar Negeri pada tahun 1993, Timbalan Ketua Bahagian Penasihat dan Undang-undang Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara (1994) dan Setiausaha Bahagian Isu Tuntutan Maritim dan Wilayah, Kementerian Luar Negeri (1996-2000).
Dari 2007 hingga 2012 Allahyarhamah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penyelidikan, Perjanjian dan Undang-undang Antarabangsa di Kementerian Luar Negeri.
Allahyarhamah juga terlibat secara aktif dalam organisasi wanita, memegang beberapa jawatan penting seperti Ahli Pengasas Persatuan Peguam Wanita (1972), Pengasas Bersama Pertubuhan Pertolongan Wanita (1981) dan Presiden Persatuan Peguam Wanita (1982-1988).
Noor Farida yang merupakan ahli kumpulan bekas penjawat awam kanan G25 dan bekas Pengerusi Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) pernah menerima Piala Sri Nona - Sistem Televisyen Malaysia Bhd - pada tahun 1995, atas usaha beliau meningkatkan status wanita dalam negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024

Iman Masjid Kampung Baru Muhammad Ainul Hariz Abu Hassan mengimamkan solat jenazah Noor Farida di Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam. --fotoBERNAMA

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Noor Farida ikon undang-undang yang banyak berjasa kepada negara
Noor Farida disifatkan sebagai seorang pegawai undang-undang yang sangat cemerlang serta disegani oleh warga jabatan.

Allahyarham Noor Farida selamat dikebumikan
Allahyarham meninggal dunia di Institut Kaji Saraf Tunku Abdul Rahman, Hospital Kuala Lumpur semalam kerana ketumbuhan di bahagian otak.

Noor Farida bekas duta besar ke Belanda cukup dikenali ketokohannya
Arwah pernah dilantik sebagai Ejen Bersama Malaysia bagi kes Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Hague.

Bekas duta besar ke Belanda Noor Farida meninggal dunia
Noor Farida, salah seorang pengasas bersama kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25, meninggal dunia pada usia 76 tahun di Hospital Kuala Lumpur.

Bekas KSU Kementerian Luar Ahmad Kamil Jaafar meninggal dunia
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar meninggal dunia hari ini, pada usia 83 tahun.

Mengapa tiada siapa persoal keputusan ratifikasi Statut Rom pada 2011? - Peguam Negara
Beliau berkata, berdasarkan rekod, Kabinet telah bersetuju dengan cadangan ratifikasi Statut Rom pada 2011.

Mansuh kumpulan G25 - Mufti Kedah
Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad hari ini menyarankan agar kumpulan bekas penjawat awam G25 dimansuhkan.

Pegawai SPRM perlu diberi perlindungan daripada pendakwaan - Noor Farida
Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia perlu diberi perlindungan daripada pendakwaan seperti penyelia bank, kata Datuk Noor Farida Ariffin.

JAKIM tiada peranan dalam menentukan moral individu - Noor Farida
Jakim tiada peranan dalam menentukan moral individu berdasarkan kesalahan jenayah yang dilakukan seseorang itu kata bekas Duta Malaysia ke Belanda, Datuk Noor Farida Ariffin.

Kenyataan Farida prejudis, menghina dan tidak ilmiah - Pemuda PAS
"Kenyataan tersebut sangat prejudis, menghina dan tidak ilmiah," itu pandangan Mohd Nasaie Ismail terhadap kenyataan Datuk Noor Farida mengenai isu hudud.