PUTRAJAYA: Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid hari ini sah dilantik memegang jawatan tersebut, sehari selepas media melaporkan penafian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan pelantikan itu.
Dalam satu kenyataan media hari ini, KPM berkata, pelantikan Nor Zamani, 59, telah berkuatkuasa sejak 22 Jun lepas.
Menurut kenyataan itu lagi, Nor Zamani merupakan Ketua Pengarah Pendidikan ke-18 dan wanita ketiga menjawat jawatan itu selepas Tan Sri Asiah Abu Samah (1993 - 1996) dan Datuk Habibah Abdul Rahim (Januari 2020 – April 2021).
“Beliau (Nor Zamani) telah memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan pada tahun 1986 sebagai Ketua Jabatan A-Level di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan. Dalam tempoh 35 tahun perkhidmatan, beliau juga telah berkhidmat di pelbagai organisasi dalam KPM.
“Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta,” menurut kenyataan itu lagi.
Selain itu, KPM berkata, Nor Zamani berkelulusan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sosiologi dan Antropologi dan Ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya.
“KPM yakin Datin Seri Hajah Nor Zamani dapat menggalas tanggungjawab sebagai peneraju perkhidmatan pendidikan dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi KPM dalam mencapai aspirasi pendidikan negara,” menurut Kementerian lagi.
Baru-baru ini tular sebuah poster yang didakwa dihasilkan oleh staf KPM mengucapkan tahniah kepada Nor Zamani yang juga isteri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, atas pelantikan itu.
Bagaimanapun Khamis (1 Julai, 2021), portal The Vibes melaporkan pegawai Unit Komunikasi Korporat KPM sebagai berkata, poster itu adalah palsu, dan jawatan tersebut hanya dipangku oleh Nor Zamani.
Sebelum ini Nor Zamani dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Polisi dan Kurikulum) pada 9 November, 2020.
Astro Awani
Fri Jul 02 2021

Nor Zamani merupakan Ketua Pengarah Pendidikan ke-18 dan wanita ketiga menjawat jawatan itu selepas Tan Sri Asiah Abu Samah (1993 - 1996) dan Datuk Habibah Abdul Rahim (Januari 2020 April 2021). - Sumber foto moe.gov.my
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Nor Zamani Abdol Hamid kini Ketua Pengarah Pendidikan baharu
Nor Zamani merupakan Ketua Pengarah Pendidikan ke-18 dan wanita ketiga menjawat jawatan itu selepas Tan Sri Asiah Abu Samah (1993 - 1996) dan Datuk Habibah Abdul Rahim (Januari 2020 April 2021).