KUALA LUMPUR: Datin Norlia Noah dilantik sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkuat kuasa 23 Feb lepas.
Pengerusi Kumpulan Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata Norlia, yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi), mengisi kekosongan ditinggalkan Muhammad Nizam Alias, yang perkhidmatannya ditamatkan pada 22 Feb lepas.
Tajuddin yakin Norlia mampu membawa syarikat itu maju dengan pengalamannya yang cukup luas dalam industri rel terutamanya ketika menghadapi pandemik COVID-19.
"Kedudukan ini sesuai buat Norlia kerana beliau bukanlah seorang yang asing dalam Kumpulan Prasarana. Beliau telah menjawat beberapa jawatan penting sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Depoh LRT Ampang, di sini, hari ini.
Norlia mempunyai 25 tahun pengalaman dalam industri rel bermula tahun 1995 dan telah menyertai Prasarana pada 2004.
Sejak mula berkhidmat di Prasarana, Norlia memegang pelbagai jawatan penting seperti Pengarah Projek LRT 3, Ketua CAPEX Rel dan juga Ketua Pegawai Teknikal Kumpulan Prasarana sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) tahun lepas.
Selain itu, Tajuddin turut mengumumkan pelantikan bekas Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali sebagai anggota Lembaga Pengarah Prasarana yang baharu.
Pelantikan kedua-duanya berkuat kuasa 15 Feb lepas.
"Pelantikan dua bekas pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu tentunya akan memberi impak besar kepada Prasarana dalam menyerlahkan perkhidmatan yang cemerlang dan berintegriti," katanya.
Turut dilantik adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak, berkuat kuasa 18 Jan lepas menggantikan Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, yang kini memegang jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 09 2021
Pengerusi Kumpulan Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, Norlia (kiri) mengisi kekosongan ditinggalkan Muhammad Nizam Alias, yang perkhidmatannya ditamatkan pada 22 Feb lepas. - Foto BERNAMA
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
LRT bertembung: Prasarana laksana langkah segera, mantapkan SOP perkhidmatan
Prasarana melaksanakan langkah segera dengan memantapkan SOP berkaitan sistem keselamatan, operasi, tenaga kerja dan penyelenggaraan rel.
Prasarana sahkan terima notis tuntutan daripada mangsa nahas LRT
Prasarana menerima notis itu semalam dan perkara itu akan dikendalikan penasihat undang-undang yang dilantik untuk pertimbangan sewajarnya dan tindakan segera.
Norlia Noah dilantik Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana
Datin Norlia Noah dilantik sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkuat kuasa 23 Feb lepas.
PKPB: Kekerapan tren, bas di Lembah Klang dikurangkan - Prasarana
Kekerapan perkhidmatan tren LRT, MRT dan monorel akan dikurangkan mulai esok sehingga arahan PKPB yang dikuatkuasakan ke atas Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berakhir.