Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini membawa perubahan pada budaya kerja yang perlu diadaptasi dalam kadar segera.
Bekerja dari rumah bukan satu kebiasaan di Malaysia beberapa bulan lalu, biarpun di beberapa negara maju, ia sudah lama diamalkan.
Namun apabila negara berhadapan dengan wabak yang mengancam kesihatan dan keselamatan, secara tidak langsung ia mempercepatkan proses adaptasi, baik di pihak pekerja mahupun majikan.
Pengasas bersama firma GigxGlobal Shareen Abdul Ghani berpendapat situasi semasa memberi peluang untuk sektor pekerjaan mengkaji semula polisi sedia ada, seterusnya melakukan transformasi yang bersifat lebih efisien.
"Melihat pada sektor, mungkin sektor teknologi maklumat mempunyai sedikit kelebihan.
"Tetapi bagi sektor lain, pandemik yang melanda boleh mempercepatkan perubahan. Transformasi perlu berlaku dan majikan perlu memikirkan penyusunan kerja yang lebih fleksibel," katanya ketika muncul sebagai tetamu dalam Buletin AWANI, pada Khamis.
Pada masa sama, penyedia atau pembekal servis perkhidmatan teleconferencing perlu berkreatif dan hadir dengan idea bagi menghasilkan sistem yang boleh diguna pakai.
"Perubahan budaya kerja memerlukan peralatan yang bersesuaian. Kebanyakan pekerja tidak mempunyai skil yang diperlukan.
"Jadi majikan perlu pilih tool yang sesuai, beri latihan, bina proses dan polisi yang betul dan garis panduan untuk memastikan hasil kerja mereka sentiasa dipantau," ujarnya.
Selain corak pemikiran dan budaya kerja, majikan dan pekerja juga perlu menyelesaikan masalah kepercayaan yang dilihat antara isu yang boleh menghalang kejayaan pelaksanaan langkah bekerja dari rumah.
"Kalau difikirkan, bekerja dari rumah ini bagus dari segi kos. Syarikat boleh berjimat kerana tidak perlu memikirkan hal bil dan sewa bangunan.
"Tetapi sebelum dapat dilaksanakan, majikan dan pekerja perlu ada perjanjian yang sepakat berkenaan cara kerja itu sendiri.
"Trust issues terlebih dahulu perlu diselesaikan. Majikan tidak boleh berfikiran yang pekerja tidak buat kerja apabila di rumah, dan pekerja juga perlu menggunakan masa dengan bijak supaya tugasan dapat diselesaikan walaupun bekerja dari rumah," katanya.
Madiha Abdullah
Thu May 14 2020

Pandemik mempercepatkan proses adaptasi ke arah budaya kerja dari rumah, baik di pihak pekerja mahupun majikan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Pelarasan gaji: Penjawat awam perlu berkhidmat dengan dedikasi, berintegriti - Aktivis sosial
Penjawat awam perlu utamakan kebajikan awam dengan menangani masalah, menjawab aduan dengan segera serta menguat kuasa undang-undang secara berkesan.

Warga pendidikan perlu saling percaya, beri inspirasi dalam pembentukan anak bangsa
Budaya kerja ini akan terzahir dalam warga pendidikan apabila mempunyai kerjasama daripada pelbagai peringkat.

Terap elemen amanah, kepercayaan dalam kerja berpasukan - PM
Anwar berkata elemen berkenaan perlu diterapkan dalam usaha membebaskan segala ketelanjuran yang pernah berlaku dan mungkin berlaku.

HWCITF laksana kaji selidik budaya kerja di KKM
Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) sedang giat melaksanakan penyelidikan berhubung budaya kerja di setiap organisasi kesihatan.

KPPA tegur penjawat awam isu kerja sambil lewa, tak cekap
Penjawat awam perlu sedar apabila pekerja sektor swasta berhadapan dengan 'retrenchment' ketika COVID-19, mereka langsung tidak terjejas.

Normal baharu: Pandemik percepat transformasi budaya kerja
Pandemik mempercepatkan proses adaptasi ke arah budaya kerja dari rumah, baik di pihak pekerja mahupun majikan.

Rakyat perlu sedia terima kebiasaan baharu dalam kehidupan - Sultan Nazrin
Baginda bertitah budaya kerja dalam usaha membendung penularan dan meminimumkan pendedahan kepada virus akan merubah tingkah laku dan norma sosial serta bakal melahirkan 'kebiasaan baharu'.

Tujuan utama untuk pulihkan MAS, bukan siapa yang melaksanakannya, kata Munir Majid
Katanya, selepas beberapa siri pelan pemulihan menemui kegagalan, Malaysia perlu lebih realistik dan sedar perniagaan syarikat penerbangan merupakan industri antarabangsa.

Berkhidmat kepada rakyat dengan baik - Ismail
Beliau berkata penjawat awam juga harus sentiasa berusaha memperbaiki perkhidmatan mereka untuk memenuhi permintaan rakyat.

Ada sesuatu yang istimewa tentang Jepun - Tun Mahathir
Ada sesuatu yang terkandung dalam budaya Jepun, selain nilai sistem mereka yang telah mempercepatkan proses pemulihan, serta mampu berdiri sama tinggi dengan negara barat.