Nanas dan sambutan Aidilfitri sememangnya tidak dapat dipisahkan memandangkan ia bahan utama untuk menghasilkan beberapa jenis kuih-muih dan biskut apabila perayaan itu tiba.
Bagaimanapun, penjualannya terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan sebilangan pekebun tanaman itu mengambil inisiatif untuk menukar kaedah jualan demi kelangsungan hidup.
Pengusaha tanaman nanas Mohd Fairuz Mohd As'ari berkata setelah 10 tahun menanam nanas di kebunnya di Jalan Muar-Air Hitam, di sini, inilah kali pertama beliau menjual kebanyakan hasil tanamannya secara dalam talian berbanding menjual kepada pemborong dan pembekal sebelum ini.
"Pada mulanya saya agak kekok untuk melaksanakan perniagaan secara dalam talian termasuklah kaedah promosi nanas dengan menggunakan beberapa laman sosial dan aplikasi telefon pintar, namun setelah hampir dua bulan, ia sudah menjadi rutin dan lebih memudahkan.
"Saya agak bimbang berlakunya lambakan nanas apabila tibanya Syawal tahun ini pada asalnya tetapi jangkaan berkenaan meleset apabila permintaan tetap ada walaupun perniagaan dilakukan bukan seperti kebiasaan," katanya pada Isnin.
Sebaik promosi dalam talian dilakukan, Mohd Fairuz, 35, agak terkejut apabila menerima lebih ramai pembeli terutamanya mereka yang mahu mendapatkan secara terus daripadanya secara kecil-kecilan.
Malah, beliau menghantar sendiri pesanan berkenaan kepada pelanggan.
Beliau yang memiliki kira-kira 10 ekar (4.047 hektar) kebun nenas berkata kebanyakan hasil tanamannya itu akan dijadikan jem oleh pelanggan apabila tiba Aidilfitri bagi menghasilkan beberapa jenis kuih popular seperti tat nenas, tat gulung, bahulu lapis dan bahulu gulung.
Katanya, jualan tanamannya hanya terjejas pada awal pelaksanaan PKP, namun kini trend jualan itu hampir kembali normal melainkan untuk pasaran eksport yang masih tertangguh.
"Saya menanam tiga jenis nenas iaitu MD2, Josapine dan Morris, yang mana kini jualan nenas berkenaan mencecah 100 kilogram setiap hari, kurang sedikit daripada sebelum PKP, namun dijangkakan akan meningkat pada minggu hadapan.
"Saya juga berterima kasih kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang turut membeli sebahagian hasil tanaman saya kali ini bagi mengelakkan berlakunya lambakan terutamanya bagi jumlah nenas yang kebiasaannya dieksport," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 11 2020

Mohd Fairuz berkata jualan tanamannya hanya terjejas pada awal pelaksanaan PKP, namun kini trend jualan itu hampir kembali normal. Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.

Polis kesan lelaki hilang, temui kereta di kebun kelapa sawit
Lelaki berusia 43 tahun itu yang dikenali sebagai Edwin Soo Seng Kok juga gagal dihubungi ahli keluarga yang melaporkan kehilangannya itu.

Keracunan: Kantin sebuah sekolah di Batu Pahat diarah tutup
Arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.

Lelaki intai wanita dalam tandas awam di Batu Pahat ditahan
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mengintai seorang wanita di dalam tandas di pusat membeli-belah di Jalan Flora Utama, Batu Pahat semalam.

Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.

Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Dua maut, empat parah kumpulan konvoi dari Singapura dirempuh lori
Dua maut manakala empat lagi parah apabila kumpulan konvoi bermotosikal dari Singapura dirempuh sebuah lori kontena berhampiran Batu Pahat.

Kereta terbakar, seorang wanita cedera, rakan dan anak selamat
Seorang wanita cedera manakala rakan serta seorang kanak-kanak terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbakar di Jalan Bakau Chondong, Batu Pahat.

Warga emas maut terbakar dalam nahas empat kenderaan
Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Batu Pahat hari ini.

Pemerhati Kongres Nasional PKR 2023 meninggal dunia
Seorang pemerhati Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2023 dari cabang Batu Pahat, Samsani Ahmad meninggal dunia akibat serangan jantung pada Ahad.