PORT DICKSON: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited terus memperkasakan pemantauan kualiti udara di seluruh negara termasuk secara langsung menerusi Sistem Pemantauan Pelepasan Berterusan (CEMS).
Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia bagi memastikan pemain industri mematuhi peraturan pelepasan udara daripada premis masing-masing sekali gus memelihara keselamatan dan kesihatan penduduk terutama premis berhampiran kawasan perumahan.
"Sekarang pun Jabatan Alam Sekitar (JAS) ada pantau secara langsung menerusi CEMS, memang disyaratkan untuk guna sistem itu ke atas mana-mana premis bagi pelepasan sisa ke udara ia bukan hanya dipantau JAS tetapi industri secara 24 jam, itu antara langkah diambil untuk pantau kualiti udara.
"Pencemaran udara dalam negara setakat ini terkawal, kita pantau secara dekat perkara ini tapi akan ada perbincangan lebih lanjut bukan sahaja secara umum tapi kesihatan, begitu juga di peringkat kerajaan kita akan pantau dengan teliti," katanya kepada pemberita selepas meninjau sebuah kilang penapisan minyak mentah di sini pada Isnin.
Beliau berkata pemilik premis juga perlu sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya dengan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan mencemarkan alam sekitar.
Nik Nazmi berkata pemain industri juga perlu lebih proaktif dan kerap mengadakan libat urus bersama penduduk setempat bagi memberi penerangan serta kefahaman berhubung proses pengoperasian premis yang kadangkala bersifat teknikal.
"Kalau dulu mungkin banyak industri terletak jauh dari tempat tinggal tapi sekarang penduduk makin ramai dan kilang semakin dekat (kawasan perumahan), jadi perlu ada tindakan proaktif pemilik premis. Pematuhan undang-undang itu mustahak tapi soal komunikasi dengan penduduk juga penting," katanya.
Mengenai isu pelepasan asap hitam membabitkan premis penapisan minyak mentah yang dikesan 19 Jun lepas, beliau berkata perkara itu bukan disengajakan tetapi disebabkan pembakaran gas yang tidak sempurna semasa proses penstabilan di unit flare.
Pemantauan mendapati premis masih dalam proses startup dan penstabilan untuk beroperasi semula setelah tindakan pembaikan ke atas unit dandang dijangka selesai sepenuhnya pada Isnin.
"Bagi tujuan keselamatan, unit flare di dalam proses penapisan minyak mentah digunakan untuk membakar gas yang bertekanan tinggi di dalam sistem loji bagi mengelakkan sebarang kejadian lebih buruk seperti kebakaran atau potensi letupan," katanya.
Orang awam diminta melaporkan sebarang aktiviti pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-mel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
Terdahulu, NRES memaklum JAS menerima aduan berhubung pelepasan asap hitam dari premis itu yang menyebabkan pencemaran udara serta mengganggu penduduk di perumahan berhampiran seperti di Taman Toh Kee Kah dan Taman Mewah di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2024

Nik Nazmi bercakap pada sidang media selepas membuat lawatan ke sebuah premis penapisan minyak mentah di Port Dickson pada Isnin. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Polis, JAS rampas RM3.8 bilion e-waste dari 2024 hingga 17 Feb
PDRM dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar menumpaskan kegiatan memproses e-waste secara haram di seluruh negara melibatkan nilai rampasan berjumlah RM3.8 bilion.

44 kilang e-waste haram diambil tindakan setakat hujung tahun lepas - Nik Nazmi
Jabatan Alam Sekitar telah mengambil tindakan terhadap 44 kilang memproses buangan elektronik (e-waste) haram sehingga 31 Dis lepas.

Sindiket proses e-waste haram di Pahang tumpas, babitkan rampasan RM410 juta
Pihak berkuasa berjaya menumpaskan sindiket memproses sisa elektronik (e-waste) dan buangan terjadual secara haram membabitkan nilai rampasan RM410 juta.

Operasi pemadaman stor simpanan bahan kitar semula di Segamat masuk hari ketiga
Kerja pemadaman kebakaran sebuah stor simpanan bahan kitar semula di Kampung Usaha Jaya, Labis, di sini yang memasuki hari ketiga hari ini.

Letupan kilang kimia: JAS siasat elemen cuai
Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, pihaknya akan menunggu kebenaran pihak bomba sebelum memasuki lokasi tersebut.

Pegawai JAS tanpa punca kuasa, justifikasi cuba lepaskan kontena e-waste - EAIC
EAIC mengemukakan syor tindakan tatatertib terhadap pegawai JAS yang terlibat dan penambahbaikan Prosedur Tetap Operasi (PTO) serta Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan (ATOP).

Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.

Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.

128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.

500 terumbu karang tanduk rusa dibiak semula di Pulau Jemuruk
Sebanyak 500 terumbu karang jenis tanduk rusa atau nama saintifiknya Acropora berjaya dibiak semula ke habitat semula jadi di sekitar perairan Pulau Jemuruk, di Langkawi.