TANAH MERAH: Walaupun berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) langsung tidak mematahkan semangat warga emas Mohd Zain Dollah, 73, untuk terlibat dalam seni origami bagi menambah pendapatan.
Menetap di Kampung Bukit Kechik, di sini, Mohd Zain yang mengalami kecacatan di kedua-dua tangan, jari dan kaki sejak lahir mampu menyiapkan 10 origami berbentuk angsa dalam sehari.
Beliau berkata, meskipun hobi itu dianggap agak meremehkan kerana perlu memberikan tumpuan dan memakan masa yang lama namun tidak bagi dirinya.
"Saya membuat hiasan origami ini sejak 10 tahun lepas apabila diajar oleh seorang daripada anak saya. Seingat saya hanya sehari saya belajar dan terus mencuba membuat pelbagai jenis hiasan seperti bakul, bekas telur dan bekas bunga," katanya yang hanya memiliki ketinggian 1.2 meter kepada pemberita.
Beliau berkata, bagi origami berbentuk angsa biasanya tempahan dijadikan sebagai bekas telur untuk diberikan kepada tetamu di majlis perkahwinan.
Bagi hiasan tempat meletakkan bunga lazimnya ditempah oleh individu sebagai cenderamata atau agensi kerajaan untuk diletakkan di pejabat.
"Setiap origami berbentuk angsa itu memerlukan sebanyak empat keping kertas A4 dan akan dipotong kecil menggunakan pisau kecil dan dilipat serta digam supaya lebih kukuh.
"Hiasan berbentuk angsa ini saya jual dengan harga RM2 satu dan sekiranya tempahan melebihi 100 harganya akan lebih murah," katanya yang turut menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Duda dan bapa kepada lapan cahaya mata itu berkata, bagi bakul yang lebih besar harganya boleh mencecah sehingga RM50 kerana memerlukan lebih banyak kertas A4, gam dan masa.
Kini, dia sedang menyiapkan tempahan seorang pelanggan di Perak yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, katanya yang penah menjadi juruhebah majlis perkahwinan sebelum menceburi bidang kraftangan. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024

Mohd Zain yang mengalami kecacatan di kedua-dua tangan, jari dan kaki sejak lahir mampu menyiapkan 10 origami berbentuk angsa dalam sehari. - Gambar Bernama

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

OKU warga emas hasilkan cenderamata daripada origami untuk tambah pendapatan
Walaupun berstatus OKU langsung tidak mematahkan semangat warga emas Mohd Zain Dollah untuk terlibat dalam seni origami bagi menambah pendapatan.

Warga emas hasilkan 600 jenis origami jet pejuang
Pesara guru berusia 88 tahun aktif dalam bidang origami selama 24 tahun.

Piala Dunia Qatar: Skuad Jepun tinggalkan origami, ucapan terima kasih
Skuad Samurai Biru itu juga terkenal dengan sifat disiplin dan mengutamakan kebersihan terutama di bilik persalinan pasukan.