KUALA LUMPUR: Pemburuan pingat emas Sukan Olimpik pertama negara diteruskan di bumi Tokyo pada temasya sukan terbesar dunia itu yang dijadual membuka tirai saingan bermula 23 Julai hingga 8 Ogos ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini mengumumkan kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 diletakkan sasaran untuk meraih tiga pingat dengan satu daripadanya emas.
Secara realistiknya, Reezal Merican berkata, sukan badminton, berbasikal trek dan terjun menjadi sandaran utama untuk melaksanakan misi di Tokyo sekali gus membawa pulang pingat emas sulung yang ditunggu-tunggu.
Beliau berkata, sasaran itu mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak juga sebagai simbolik kepada ikatan antara rakyat dengan barisan atlet kebangsaan yang berjuang mengharung cabaran sengit demi mengharumkan nama negara.
"Mereka (atlet) tidak memerlukan tekanan yang berlebihan, tetapi mereka juga tidak mahu dinafikan (kemampuan), ada dalam kalangan mereka yang benar-benar mempunyai kesungguhan dan telah menyatakan iltizam ingin mencapai dan menggapai impian membawa pulang pingat.
"Kalau ambil pertimbangan antara kedua-dua, saya juga tidak mahu nafikan kesungguhan ada dalam kalangan atlet yang benar-benar mahu menjadi antara penyebab kepada rasa gembira rakyat Malaysia dengan pulangnya membawa pingat emas pertama," katanya pada sidang media secara maya hari ini.
Terdahulu Reezal Merican mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) secara dalam talian.
Pada edisi Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, tiada sebarang sasaran spesifik diletakkan buat kontinjen negara namun Malaysia berjaya membawa pulang empat pingat perak dan satu gangsa.
Pada Olimpik kali ini, Malaysia akan diwakili oleh 30 atlet yang akan beraksi dalam 27 acara meliputi 10 jenis sukan.
Pada masa sama, Reezal Merican turut mengumumkan sasaran tiga pingat emas buat kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo sekali gus menyamai pencapaian pada edisi 2016 di Rio de Janiero.
"Sandaran pada sukan olahraga para, powerlifting, badminton dan memanah yang diharap dapat menghasilkan momentum dan prestasi cemerlang di Tokyo," katanya sambil mengesahkan seramai 22 atlet para negara telah melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Tokyo dijadual bermula 24 Ogos hingga 5 Sept ini.
Sementara itu, Reezal Merican melihat keputusan meletakkan sasaran kepada kontinjen negara di Sukan Olimpik adalah sebagai satu cara membalas kesungguhan ditonjolkan barisan atlet negara yang memiliki misi berbeza di Tokyo.
Beliau berkata terdapat dalam kalangan atlet negara yang secara peribadi berjumpa dengannya dan meminta untuk diletakkan petunjuk prestasi utama (KPI) pada temasya sukan tersebut.
Sementara itu, Reezal Merican tanpa mendedahkan angka mengakui perbelanjaan negara dalam mempersiapkan atlet menghadapi temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik berada pada tahap rendah jika dibandingkan dengan negara lain. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021

Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 diletakkan sasaran untuk meraih tiga pingat dengan satu daripadanya emas.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.
Pastikan kod QR tiket bas tersedia untuk Kelancaran pulang beraya
Orang ramai dinasihatkan untuk pastikan kod QR perlepasan tersedia selepas tiket bas dibeli secara atas talian bagi memudahkan proses berlepas di pintu kawalan masuk di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bagi pulang beraya pada aidilfitri kelak.

Polis cari individu rakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya kini menumpukan siasatan bagi mengenal pasti sumber asal atau individu yang merakam video terbabit.
Lima video 'Deepfake' janaan ai berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Lima video deepfake yang menggunakan teknologi AI untuk menyebarkan penipuan pelaburan dikesan pihak polis sejak 2024.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.

Kehidupan keluarga Cristiano Ronaldo terganggu oleh siri ancaman
Cristiano Ronaldo dan teman wanitanya telah mengupah pengawal peribadi tambahan dan berpindah ke rumah baharu selepas menerima beberapa siri ancaman.
[TERKINI] Pengasuh didakwa bunuh kanak-kanak tiga tahun
Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas tuduhan membunuh kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ketika di bawah asuhannya.
AWANI Ringkas: Pemimpin politik perlu perkukuh perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

RM20 juta diperuntukkan untuk pembangunan lapan jenis Sukan Olimpik - Hannah
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi pembangunan lapan jenis sukan yang berpotensi meraih pencapaian membanggakan di temasya Sukan Olimpik.

Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai
Atlet Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menaruh harapan besar agar sukan tempur itu dapat dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik.

KBS tumpu bangunkan bakat baharu empat sukan
Empat sukan yang akan diberi tumpuan oleh KBS ialah angkat berat, memanah, taekwondo dan menembak.

SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.

Persembahan Celine Dion di pembukaan Olimpik dapat pujian ramai
Dion meluahkan rasa gembiranya dapat kembali ke pentas, serta mengucapkan selamat berjaya buat atlet terlibat.

PM ajak rakyat Malaysia doakan kejayaan kontinjen negara di Sukan Olimpik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia menzahirkan sokongan padu buat kontinjen negara di Sukan Olimpik Paris 2024.

Phee Jinq En mahu berehat seketika dari kolam renang
Phee Jinq mengambil keputusan untuk melupakan seketika kolam renang selepas kejayaan menyumbang pingat emas dan perak kepada kem negara di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.

Tiada pemanah lelaki layak ke Paris 2024
Buat pertama kali selepas 16 tahun Malaysia tidak akan mempunyai pemanah lelaki beraksi di temasya Sukan Olimpik menjelang edisi Paris 2024 bermula bulan depan.

KBS akan tambah baik Program Podium - Timbalan Menteri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menambah baik Program Podium Sukan Elit (Program Podium) bagi meningkatkan kualiti dan prestasi atlet negara.

KBS-Jawatankuasa RTG bincang Isnin ini - Hannah
Hannah Yeoh berkata perkara ini perlu diteliti sebaik mungkin untuk memastikan atlet yang terlibat dengan program RTG dapat memburu emas pertama negara di Sukan Olimpik.