KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak dua tahun lepas sepatutnya sudah 'mendidik' rakyat Malaysia tentang kesedaran kendiri serta mengambil inisiatif sendiri mengurangkan pergerakan di kawasan sesak selepas kenaikan mendadak kes jangkitan virus itu baru-baru ini.
Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun berkata orang ramai tidak perlu menunggu arahan sekatan pergerakan daripada kerajaan sebaliknya mengambil langkah proaktif berbuat demikian dalam mengekang penularan varian Omicron yang merebak dengan pantas.
"Apabila kita nak menuju ke fasa endemik, kita tidak perlu tunggu kerajaan buat keputusan. Sebagai contoh, majikan yang bijak, bila dia nampak kes COVID-19 naik, mereka akan mengurangkan jumlah pekerja yang hadir ke pejabat dan membenarkan bekerja dari rumah.
"Kenapa nak tunggu Menteri Kesihatan Khairy (Jamaluddin) buat pengumuman baru kita nak ambil tindakan. Sepatutnya apabila kita dah dapat maklumat (kenaikan kes) tindakan itu datang secara spontan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sebelum ini, Khairy mengumumkan bahawa negara kini sudah sepenuhnya berdepan dengan gelombang varian Omicron serta kes harian COVID-19 yang dijangka terus meningkat.
Mengulas lanjut, Dr Hanafiah berkata orang ramai perlu proaktif dan bertanggungjawab serta mengurangkan aktiviti sosial di luar sekiranya tiada keperluan dalam usaha menjaga kesihatan keluarga dan masyarakat sekeliling.
Beliau berkata sektor pendidikan juga perlu mengambil tindakan proaktif sekiranya kes di sekolah menunjukkan trend peningkatan tanpa menunggu pengumuman daripada Kementerian Pendidikan.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit (Survelan) Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Asiah Ayob berkata masyarakat dan semua pihak boleh membantu mengekang penularan COVID-19 dengan mendapatkan vaksin lengkap dan dos penggalak.
"Selain itu, rakyat Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas adalah golongan yang berisiko tinggi dan harus mendapatkan dos penggalak dengan segera.
"Terus kekal SOP (prosedur operasi standard) sedia ada dengan lebih rapi kerana ia terbukti berkesan untuk mencegah penularan jangkitan serta harus membudayakan tingkah laku baik ini iaitu mengamalkan 3W ('Wear, Wash and Warn') dan mengelakkan 3S (Sempit, Sesak dan Sembang Rapat)," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenaikan kes hari ini.
Berdasarkan laman sesawang COVID-19 KKM, kadar kebolehjangkitan (Rt) untuk seluruh negara pada Rabu, berada pada paras 1.39 dengan Sarawak merekodkan nilai tertinggi iaitu 1.68.
Diikuti Perlis (1.65), Sabah (1.59), Labuan (1.51), Terengganu (1.40) Kedah (1.36), Putrajaya (1.35), Pulau Pinang (1.34), Pahang (1.28), Johor (1.26) dan Selangor (1.25).
Bagi Perak dan Kelantan masing-masing merekodkan Rt (1.24), Melaka (1.20), Kuala Lumpur (1.18) dan terakhir Negeri Sembilan (1.14).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 10 2022
Sebelum ini, Khairy mengumumkan Malaysia kini sepenuhnya berdepan dengan gelombang varian Omicron serta kes harian COVID-19 yang dijangka terus meningkat.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sabah hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Telupid, Beluran dan Sandakan hingga esok.
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penularan gelombang varian Omicron BA.5 di negara kecil - Khairy
Gelombang COVID-19 akibat penularan subvarian Omicron BA.5 di Malaysia adalah kecil dan terkawal, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 mungkin jadi dominan di Thailand
Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 menyumbang 50 peratus kadar jangkitan COVID-19 pada minggu lepas dan ia dijangka menjadi dominan di Thailand tidak lama lagi.
Malaysia lebih bersedia hadapi lonjakan kes Omicron - Khairy
Malaysia dilihat lebih bersedia untuk menangani lonjakan kes COVID-19 varian Omicron selain berpengalaman dalam melindungi golongan rentan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Indonesia laksana isolasi lima hari di rumah untuk kes Omicron
Indonesia menetapkan peraturan isolasi di rumah selama lima hari kepada individu yang dijangkiti varian Omicron COVID-19 tanpa gejala, kata Presiden Joko Widodo pada Jumaat.
Buat ujian kendiri COVID-19 sebelum, selepas balik bercuti - Pakar
Keterujaan orang ramai untuk pulang ke kampung dan bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini, tidak sepatutnya membuatkan mereka alpa tentang kepentingan memastikan tahap kesihatan mereka, ketika
COVID-19: Jangan terlalu cepat longgarkan SOP - Pakar Kesihatan
Kerajaan disarankan tidak terlalu tergesa-gesa dalam melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dalam situasi pandemik yang kelihatan kembali meningkat.
Omicron: Khairy gesa orang ramai bekerjasama perangi pandemik
Orang ramai perlu bekerjasama untuk memerangi pandemik COVID-19 menerusi pemerkasaan komuniti susulan gelombang varian Omicron dalam negara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Thailand lapor kes kematian pertama akibat Omicron
Thailand melaporkan kes kematian pertama akibat varian Omicron COVID-19.
Kes Omicron di Indonesia meningkat ke 748
Indonesia melaporkan 748 kes jangkitan akibat varian Omicron setakat Sabtu, menurut angka terkini dikeluarkan Kementerian Kesihatan negara itu.
India catat 268,833 kes COVID-19 baharu, meningkat kepada 36,850,962
Angka COVID-19 India meningkat kepada 36,850,962 pada Sabtu apabila mencatatkan 268,833 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data terkini kementerian kesihatan India.