KUALA LUMPUR: Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak membuat keputusan penangguhan ibadah umrah secara serta-merta tanpa merujuk kepada BUMITRA sebagai wakil industri pengendali pelancongan dan Umrah yang diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) .
Naib Presiden Haji dan Umrah BUMITRA, Haji Shamsulnidza Mudari berharap pihak KKM boleh berbincang untuk memperketatkan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) dan memohon pihak berwajib yang memperhalusi SOP umrah.
“Tindakan yang perlu bagi membendung penularan COVID-19 terutamanya varian Omicron yang sekarang dikatakan menular dari kalangan jemaah umrah adalah dengan memperketatkan SOP dan tidak membuat sebarang tindakan yang bakal merugikan penggiat industri pelancongan termasuk agensi pelancongan dan syarikat penerbangan malah kepada jemaah umrah sendiri.
“BUMITRA sebelum ini telah sama sama berbincang dengan pihak MOTAC berkenaan SOP pembukaan Umrah semula, dimana semua SOP yang sudah ditetapkan oleh MOTAC dan KKM telah dipatuhi oleh pihak agensi pelancongan.
"Ini termasuklah perlaksanaan ujian saringan COVID-19 bagi tempoh 72 jam sebelum berlepas dan 48 jam selepas pulang, jemaah dikuarantinkan di Mekah sekiranya positif, perlaksanaan ujian saringan COVID-19 sekali lagi sewaktu tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), serta memohon jemaah umrah untuk melakukan pengasingan kendiri di rumah melalui aplikasi KKM,” kata Shamsulnidza dalam kenyataan pada Jumaat.
Tambahnya, pihak agensi pelancongan menyokong pihak KKM jika terdapat keperluan booster vaksin untuk jemaah umrah bagi melindungi diri dari dijangkiti, namun KKM harus memperkemaskan sistem di KLIA supaya jemaah tidak perlu menunggu masa yang lama di balai ketibaan.
Beliau juga menyarankan kepada pihak kerajaan untuk berbincang bersama dengan Persatuan seperti BUMITRA & MATTA supaya tidak membuat keputusan yang tergesa-gesa dan memperbaiki SOP yang sedia ada.
Astro Awani
Fri Dec 31 2021

KM boleh berbincang untuk memperketatkan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) dan memohon pihak berwajib yang memperhalusi SOP umrah. - Bernama
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

31 mangsa dakwa ditipu selepas sertai pakej perniagaan dengan tajaan umrah
Seramai 31 individu mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang lelaki bergelar Datuk yang menawarkan pakej perniagaan dan tajaan umrah dengan jumlah kerugian dianggarkan melebihi RM300,000 sejak 2023.

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.

TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).

Mangsa penipuan umrah disaran fail tuntutan di tribunal - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan, segala bentuk penipuan perlu ditangani dan ia juga merupakan komitmen kementeriannya.

Tipu umrah: Lapan termasuk pasangan suami isteri direman tiga hari
Penahanan itu melibatkan enam lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.

Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.

MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.

Mekah tempat beribadah, bukan bulan madu
Mutawif Ahmad Junaidi Omar bagaimanapun berkata, ia bergantung kepada niat dan tujuan individu tersebut ke tanah suci.