KUALA LUMPUR: Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap lebih ramai anak perantauan Johor dapat pulang untuk menyumbangkan buah fikiran dan idea bagi memajukan negeri kelahiran mereka.
Beliau berkata pelbagai usaha sedang giat dijalankan pihak kerajaan negeri bagi menarik minat anak jati Johor di perantauan itu dalam misi menjadikan negeri tersebut paling maju di Malaysia.
"Kita tengok ramai anak Johor yang berada di perantauan memiliki tahap profesionalisme tinggi. Ramai di antara mereka merupakan peguam, arkitek jurutera dan sebagainya.
"Kena ada sebab untuk mereka balik, kalau ekonomi (negeri) baik, ada peluang pekerjaan dengan gaji setimpal, insya-Allah mereka akan balik. Itu persekitaran yang kita akan cuba buat (di Johor) untuk tahun-tahun mendatang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Tanjung Puteri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 anjuran Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) di Dewan Perdana Felda di sini pada Jumaat.
Turut hadir pada Majlis itu bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam danPresiden PAMJ Datuk Seri Syed Hussein Syed Abdul Kadir Alhabshee.
Pada Majlis itu, Onn Hafiz turut mengumumkan peruntukan RM100,000 kepada PAMJ tahun ini bagi menganjurkan pelbagai aktiviti buat anak Johor di perantauan di Kuala Lumpur dan Selangor.
Dalam masa sama, beliau memuji usaha PAMJ mengadakan pelbagai program yang dapat mengumpulkan anak Johor sekali gus bertukar pendapat idea bagi perkembangan negeri kelahiran mereka.
"Lebih banyak libat urus yang kita buat (bersama rakyat Johor di perantauan) lebih baik kerana mereka dapat bertukar-tukar pendapat dengan kepimpinanan di pihak negeri bagi memajukan lagi Johor," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
![Onn Hafiz harap ramai anak Johor di perantauan pulang sumbang bakti Onn Hafiz harap ramai anak Johor di perantauan pulang sumbang bakti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714777669_tbOnnHafiz.jpg)
Onn Hafiz ketika berucap pada majlis jamuan Aidilfitri ‘Malam Tanjung Puteri’ anjuran Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ), di Dewan Perdana Felda. - Foto BERNAMA
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41727953608_TBONNHAFIZ.jpg)
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
![Johor raih potensi pelaburan bernilai AS$190 juta dari Korea Selatan - Menteri Besar Johor raih potensi pelaburan bernilai AS$190 juta dari Korea Selatan - Menteri Besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730295798_onnhafizkorea.jpg)
Johor raih potensi pelaburan bernilai AS$190 juta dari Korea Selatan - Menteri Besar
Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik.
![GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721012534_OnnHafizGhazi.jpg)
GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Jawatankuasa itu turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB.
![MB Johor, TPM Fadillah bincang isu sumber bekalan air negeri MB Johor, TPM Fadillah bincang isu sumber bekalan air negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721379403_OnnHafizGhazi.jpg)
MB Johor, TPM Fadillah bincang isu sumber bekalan air negeri
Turut dibincangkan ialah projek sumber dan bekalan air negeri, cadangan baharu projek sumber air, dan model pembekalan air ke pusat data.
![BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717854892_DatukOnnHafiz.jpg)
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
![Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715183074_TBOnnHafizGhazi.jpg)
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
![Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715259392_OnnHafiz.jpg)
Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz
Onn Hafiz tidak akan berkompromi, terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan di Johor.
![Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715183074_TBOnnHafizGhazi.jpg)
Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.
![Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714212749_TBMASALAHAIRGEN.jpg)
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
![Persekutuan lulus 510 projek di Johor dengan kos RM4.7 bilion - Onn Hafiz Persekutuan lulus 510 projek di Johor dengan kos RM4.7 bilion - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700719651_OnnHafizGhazi.jpg)
Persekutuan lulus 510 projek di Johor dengan kos RM4.7 bilion - Onn Hafiz
Kelulusan projek itu hasil kerjasama erat Kerajaan Negeri Johor dan Persekutuan yang mahukan peningkatan ekonomi negara.