KOTA BHARU: Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) merampas barangan bernilai hampir RM5 juta, melibatkan 113 kes sepanjang pelaksanaan Op Benteng COVID-19 selama sebulan di sempadan Malaysia-Thailand yang bermula 16 Jun lepas.
Pegawai Pemerintah PGA7 Supt Azhari Nusi berkata dalam tempoh yang sama seramai 81 penduduk tempatan dan 14 warga Thailand ditahan atas pelbagai kesalahan.
Beliau berkata rampasan terbesar melibatkan barangan kontraban iaitu pakaian, produk makanan, rokok dan cecair vape yang bernilai lebih RM3 juta.
"PGA7 turut merampas 63 ekor lembu dan 50 ekor kambing dengan nilai RM1.1 juta. Dalam tempoh sama kita juga merekodkan 20 kes rampasan barangan kawalan bersubsidi iaitu tepung, minyak masak, diesel dan petrol bernilai RM380,695.
"Tidak ketinggalan 19 kes rampasan pelbagai jenis dadah seperti pil kuda, syabu dan ganja bernilai RM150,483 dengan tangkapan 23 individu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azhari berkata kejayaan sepanjang penugasan berkenaan amat membanggakan walaupun berhadapan risiko pandemik COVID-19.
"Apa yang paling mustahak PGA sentiasa memperketatkan kawalan supaya tidak berlaku sebarang pembolosan dan jenayah rentas sempadan antara kedua-dua negara," katanya.
Beliau berkata sepanjang tempoh sama PGA7 juga menjalankan Op Bersepadu bersama lapan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Bersama ATM kita berjaya membuat sembilan kes rampasan melibatkan pelbagai jenis barangan bernilai RM608,968 iaitu di kawasan tanggungjawab (KTJ) Op Benteng COVID-19.
"Kolaborasi ini amat berkesan dan perlu diteruskan pada masa akan datang demi kedaulatan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 16 2021

Rampasan terbesar melibatkan barangan kontraban iaitu pakaian, produk makanan, rokok dan cecair vape yang bernilai lebih RM3 juta. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ATM tahan 14 warga Myanmar ceroboh masuk sempadan negara
Semua PATI warga Myanmar itu ditahan menerusi tiga siri tangkapan di bawah Sektor Op Benteng.

Op Benteng: TLDM tahan sembilan PATI
Bot PATI cuba melarikan diri tetapi berjaya digagalkan di lokasi 1.5 batu nautika selatan Teluk Ramunia.

Kawalan sempadan diteruskan walaupun Op Benteng tamat Jun ini - Bukit Aman
Penugasan PDRM tetap sama terutamanya Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai tonggak utama dalam menjalankan kawalan keselamatan sempadan.

Kaedah baharu diteliti gantikan Op Benteng - Panglima ATM
Kaedah baharu itu dijangka mengguna pakai cara yang sama dengan Op Benteng memandangkan operasi terbabit banyak mencapai kejayaan sejak dilancarkan pada Mei 2020.

Tujuh PATI gagal seludup masuk ke Malaysia
Kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 39 tahun seterusnya ditahan dan dibawa ke Kem Sahara untuk siasatan lanjut.

Cubaan seludup guna lori perdagangan, 3 tan daun ketum dirampas
Terbaharu, penyeludup dikesan menggunakan kenderaan perdagangan sebagai taktik mengaburi pihak berkuasa.

Polis tahan 12 ahli "Geng Janggut" seludup pendatang tanpa izin
Polis menahan 12 ahli sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin yang dikenali sebagai "Geng Janggut" menerusi Op Benteng di tiga lokasi di sekitar Johor Bahru dan Kulai.

Bersauh tanpa kebenaran, kapal tangki asing ditahan
Maritim Malaysia Perak menahan sebuah kapal tangki yang bersauh tanpa kebenaran di posisi 14.7 batu nautika Pulau Pangkor.

Polis rampas syabu bernilai RM1.296 juta, tahan seorang lelaki
Polis menahan seorang lelaki dan merampas syabu seberat 36 kilogram bernilai RM1.296 juta dalam Op Benteng di Jalan Tebedu-Serian, Sabtu lepas.

Ingkar SOP: 60 premis diarah tutup serta merta, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin
Pada 11 Ogos 2021, sebanyak 918 SJR telah dilaksanakan di seluruh negara.