BATU PAHAT: Selepas enam hari operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) seorang nelayan yang masih hilang dalam kejadian bot karam di perairan Parit Hailam, di sini, pasukan menyelamat mengambil keputusan menghentikan operasi berkenaan pada jam 5 petang tadi.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus, berkata keputusan tersebut selepas tiada sebarang penemuan baharu berkaitan mangsa yang hilang meskipun pelbagai usaha pencarian dilakukan pasukan mencari dan menyelamat serta komuniti maritim setempat.
"Fokus pencarian hari ini tertumpu pada bot yang tenggelam melibatkan pencarian pasukan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) namun mangsa, Chia Hock Neng, 60,gagal ditemukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Mohd Haniff berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan sentiasa membuat pemantauan serta hebahan kepada komuniti maritim setempat supaya memaklumkan sekiranya terdapat tanda-tanda penemuan mangsa.
Katanya orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau penemuan boleh menghubungi talian hotline Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.
Rabu lepas, sebuah bot nelayan dengan empat kru dilaporkan karam akibat cuaca buruk dan ombak besar kira-kira 5 petang, mengakibatkan Te Chia Rong, 38, dan Chia Hock Neng hilang, manakala Te Chia Haur, 40, dan Tee Kian Muar, 33, terselamat.
Semalam, dilaporkan Chia Rong ditemukan mati dengan mayatnya tersangkut pada jaring pukat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022

Pasukan penyelamat tidak menemui petunjuk baharu berkaitan mangsa yang hilang meskipun pelbagai usaha pencarian dilakukan pasukan mencari dan menyelamat serta komuniti maritim setempat. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Op Carilamat nelayan hilang di perairan Kemaman diperluas
Op Carilamat tiga nelayan yang dikhuatiri hilang di laut selepas keluar menangkap ikan diperluas ke kawasan hingga 840 batu nautika persegi.

Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik ditemukan terdampar di Pantai Koris
Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik yang dilaporkan hilang di perairan Tanjung Segenting di sini ditemukan terdampar di Pantai Koris, Senggarang oleh orang awam pada 11.30 pagi tadi.

Op Carilamat: Lelaki dikhuatiri lemas, ditarik ombak ketika memukat
Mangsa yang berasal dari Labok, Machang itu kali terakhir dilihat memakai baju serta seluar berwarna hitam.

Pencarian kru kapal jatuh laut ditamatkan
Keseluruhan keluasan pencarian adalah 159.36 batu nautika persegi iaitu di perairan Selangor berdekatan sempadan Malaysia - Indonesia.

Penyelam hilang di Mersing: Apa yang kita ketahui setakat ini
EMPAT penyelam warga Eropah dipercayai hilang semasa melakukan aktiviti latihan selaman skuba di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, pada 6 April lalu.

Penyelam hilang di Mersing: Polis tahan tekong bot, positif dadah
Individu berkenaan ditahan kira-kira jam 11.30 malam pada Rabu selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing

Penyelam hilang di Mersing: Dua beranak dikenal pasti antara empat warga asing
Penyelam yang hilang merupakan seorang lelaki warga Britain, Adrian Peter dan anaknya Nathan Renze, 14 tahun.

Op Carilamat nelayan hilang di perairan Pulau Lambidan ditamatkan
Mohammad Shahrijan Sadeh, 39, dilaporkan hilang selepas turun ke laut untuk memukat ikan pada 6 pagi Isnin lepas di perairan berkenaan.

Bot karam, tiga nelayan hilang di perairan Pantai Remis
Tiga mangsa yang hilang itu semuanya warga tempatan berumur dalam lingkungan 29 sehingga 70 tahun.