IPOH: Polis Perak mengeluarkan sebanyak 1,446 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam Op Selamat 17/2022 Tahun Baharu Cina yang dijalankan di 12 lokasi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak Superintenden Azizan Hassan berkata memandu laju merupakan kesalahan tertinggi dikesan dalam kalangan pengguna jalan raya yang menyaksikan sebanyak 1,247 saman dikeluarkan dalam operasi dari 8 pagi hingga 7 malam tadi.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 65 kesalahan adalah berkaitan nombor plat kenderaan, 45 membabitkan tali pinggang keledar dan 35 tiada lesen memandu.
"Sejumlah 23 saman juga dikeluarkan atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM), tujuh membabitkan penggunaan telefon bimbit dan empat kerana tidak mematuhi lorong betul serta kesalahan lain," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Azizan juga berkata polis menahan seorang lelaki Orang Asli berumur 31 tahun yang beralamat di Kampung Mangsok, Rancangan Penempatan Semula Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan kerana disyaki menunggang motosikal dalam keadaan mabuk pada Isnin.
Katanya lelaki yang bekerja di sebuah kilang kayu itu ditahan pada kira-kira 1 pagi di Ipoh dalam Op Mabuk dan kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 01 2022
Polis mengeluarkan 1,446 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam Op Selamat 17/2022 Tahun Baharu Cina di 12 lokasi di Perak pada Selasa. - Gambar hiasan/BERNAMA
Kerajaan, pembangkang perlu bersatu tangani fitnah dalam talian
Kedua-dua blok perlu berganding bahu mencari penyelesaian terbaik kerana budaya fitnah serta hasutan jika dibiarkan boleh menjejaskan perpaduan.
Buruh mengaku tidak bersalah rogol anak tiri
Tertuduh, 53, didakwa merogol anak perempuan tirinya yang ketika itu berusia 14 tahun pada Oktober 2024.
JDT umum ketibaan 'kereta kebal' baru, Alvaro Gonzalez!
Pemain berusia 25 tahun itu pernah beraksi bersama kelab Real Zaragoza, Espanyol, Villarreal, Marseille dan juga Liga Saudi Pro, Al-Nassr.
DeepSeek vs ChatGPT: Revolusi AI yang Menggegar Dunia!
Dunia kini heboh dengan pengenalan DeepSeek, model AI yang lebih mampu milik dan menyaingi ChatGPT dalam keupayaan canggih. DeepSeek, dibangunkan oleh startup AI dari China, cemerlang dalam tugas teknikal seperti penaakulan logik, pengkodan, dan matematik, serta dipuji kerana kelajuan dan ketepatannya. Sebagai model sumber terbuka dengan reka bentuk Mixture of Experts, ia efisien dan mudah diakses. Sebaliknya, ChatGPT, dibangunkan oleh OpenAI, terkenal dengan pengalaman mesra pengguna dan kepelbagaian dalam penceritaan kreatif, pengetahuan umum, dan tugas perbualan. Walaupun DeepSeek unggul dalam senario teknikal, ChatGPT menawarkan pengalaman pengguna yang luas dan terperinci yang sesuai untuk pelbagai audiens.
Artis dinasihat semak sebelum terima tawaran, elak dieksploitasi
Freddie Fernandez berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan mereka dieksploitasi oleh perniagaan yang menyalahi undang-undang.
'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.
Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga esok
MetMalaysia memaklumkan, daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.
Pusingan Kerja Petugas Kaunter semua kementerian bermula hari ini
Langkah ini selaras dengan matlamat reformasi perkhidmatan awam untuk mewujudkan sistem kerja yang lebih dinamik serta responsif kepada keperluan rakyat.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan Amerika Syarikat menangguhkan kenaikan tarif import ke atas Kanada dan Mexico.
Arman Rumaizi dilantik Naib Canselor UPNM
Sebelum pelantikan ini, Arman Rumaizi memegang jawatan sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 2022.
9,634 saman dikeluarkan sepanjang lima hari Op Selamat di Perak
Sebanyak 9,634 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang lima hari pelaksanaan Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina di Perak sejak Jumaat lepas.
Op Selamat Tahun Baharu Cina: Polis Perak keluar 1,446 saman
Memandu laju merupakan kesalahan tertinggi dikesan dalam kalangan pengguna jalan raya.
Seorang lagi mangsa nahas dua kereta maut
Kematian terbaharu itu menjadikan korban nahas yang membabitkan Perodua Myvi dan Axia meningkat kepada empat orang.
Pemandu lori maut dalam kemalangan babitkan lima buah lori
Ahmad American Ahmad Danial maut di lokasi kejadian, manakala tiga lagi mangsa mengalami kecederaan dan dua lagi tidak cedera.
Pemandu lori kurier maut, langgar lori balak di Lebuhraya PLUS
Mangsa, Mohd Lotfi Abd Latib, 37, yang beralamat di Bukit Kapar, Klang disahkan maut di tempat kejadian.