KUALA TERENGGANU: Sebanyak 390 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu sepanjang operasi sempena Tahun Baharu Cina bermula Selasa lepas (25 Jan) hingga 10 malam tadi.
Pengarah JPJ Terengganu Zulkarnain Yasin berkata ia adalah hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap 2,301 kenderaan sepanjang tempoh enam hari tersebut.
Beliau berkata antara kesalahan yang paling banyak dikesan ialah penggunaan cermin gelap iaitu 87 kes, lesen kenderaan motor tamat tempoh (98 kes), tiada Lesen Memandu Kompeten (90 kes) dan tiada Lesen Vokasional (33 kes).
"Pada malam ini, kita adakan sekatan jalan raya di tiga lokasi iaitu di Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu, Kemaman dan Besut. Setakat pukul 10 malam, kita telah keluarkan 117 saman dan menyita tiga kenderaan.
"Selain itu, operasi malam ini juga berjaya mengesan tiga individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Seramai 127 anggota pelbagai agensi terlibat dalam operasi bersepadu melibatkan JPJ, Polis Diraja Malaysia, AADK dan Jabatan Alam Sekitar.
Mengulas lanjut beliau berkata operasi sepanjang musim perayaan kali ini yang berakhir pada 8 Feb depan turut tertumpu di 22 lokasi yang sering berlaku kemalangan di Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 31 2022

Zulkarnain (kiri) membuat pemeriksaan penunggang motosikal semasa Ops Tahun Baharu Cina 2022 di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, 30 Jan 2022. --fotoBERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Op Tahun Baharu Cina: JPJ Terengganu keluarkan 390 saman sejak 25 Jan lepas
Ia adalah hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap 2,301 kenderaan sepanjang tempoh enam hari tersebut.

Perlu pakai topi keledar walau hanya di jalan kampung - JPJ
Terengganu mencatatkan peningkatan ketara kes melibatkan kesalahan tidak memakai topi keledar, dalam tempoh dua bulan tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Lantai reput, pemilik bas sekolah disaman
Pemilik bas dikenakan tindakan saman dan diarahkan menyelenggarakan bas serta membuat pemeriksaan di JPJ dan Puspakom sebelum dibenarkan beroperasi semula.

Ubah suai motosikal, JPJ nafi langgar remaja semasa operasi
Orang ramai digesa merujuk kepada sumber yang sahih sebelum menyebarkan sebarang maklumat bagi mengelak kekeliruan.