SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan menumpaskan 69 kes penyelewengan membabitkan 866,982 liter minyak diesel bersubsidi di seluruh negeri sejak awal tahun ini.
Pengarahnya Muhammad Zahir Mazlan berkata serbuan menerusi Op Tiris itu melibatkan nilai rampasan berjumlah lebih RM2.5 juta dengan 71 tangkapan berbanding hanya 27 kes (281,751 liter) direkodkan pada tahun lepas.
Beliau berkata daripada 69 kes itu, 46 daripadanya adalah di bawah KPDN manakala bakinya daripada serahan agensi penguat kuasa lain serta 21 kes dikompaun membabitkan hampir RM300,000.
"Majoriti kes adalah di Seremban, Port Dickson dan Kuala Pilah. Modus operandi digunakan adalah dengan membeli diesel di stesen minyak di luar dan mengumpulkannya di stor haram sebelum dipindahkan ke lori tangki untuk dijual.
Stor haram itu pula dibuat di tempat terbuka yang kita tak sangka, boleh ada di mana-mana termasuk kawasan industri, tepi hutan...lokasinya dinamik bukan hanya kawasan terpencil," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke lokasi serahan kes di sini hari ini.
Beliau tidak menolak kemungkinan ada dalam kalangan mereka yang terlibat bersubahat dengan pengusaha stesen minyak selain terdapat individu sama yang melakukan kegiatan itu.
Dalam pada itu, Muhammad Zahir berkata dalam serbuan terbaharu semalam dan hari ini di Seremban dan Port Dickson, pihaknya merampas 12,600 liter diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM27,090.
Beliau berkata susulan itu, lima lelaki berusia dalam lingkungan 17 hingga 40 tahun ditahan kerana disyaki melanggar Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Menurutnya, dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
"KPDN memberi amaran kepada mana-mana pihak yang berurusan dengan barang kawalan berjadual agar mematuhi perundangan yang berkuat kuasa," katanya dan menambah Negeri Sembilan menjadi negeri ketiga tertinggi selepas Selangor dan Sarawak dari segi nilai rampasan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan Muhammad Zahir Mazlan (kanan) bercakap kepada pemberita pada Ops Tiris KPDNNS di Kawasan Perindustrian Gala hari ini. - Foto BERNAMA

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

KPDN N.Sembilan rekod rampasan diesel bernilai RM1.67 juta setakat Jun
KPDN Negeri Sembilan merekodkan hasil rampasan melibatkan penyelewengan diesel berjumlah RM1.67 juta dari Januari hingga 10 Jun lepas.

KPDN Negeri Sembilan rampas 116,623 liter diesel dalam lima serbuan
Serbuan turut menyita beberapa lori, 12 tangki IBC, 10 pam berserta hos keseluruhannya dianggar bernilai RM402,402.45.

Op Tiris: 69 kes seleweng diesel tumpas, babitkan lebih RM2.5 juta
KPDN Negeri Sembilan menumpaskan 69 kes penyelewengan membabitkan 866,982 liter minyak diesel bersubsidi di seluruh negeri sejak awal tahun ini.

KPDN Negeri Sembilan rampas 16,000 liter diesel bersubsidi di Seremban
Turut disita, sebuah lori tangki, sebuah lori bonded, enam unit tong IBC dan dua unit paip penyambung - anggaran nilai rampasan RM59,400.

KPDN N.Sembilan serbu stor seleweng LPG bersubsidi
Turut disita, sebuah lori dan peralatan yang digunakan untuk pemindahan gas dengan keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM38,320.