KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka kembali beroperasi seperti biasa lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata ia selepas serpihan di kawasan kemalangan dua tren iaitu antara stesen KLCC dan Kampung Baru dibersihkan serta mendapat kelulusan operasi oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
"Saya dimaklumkan bahawa kerja pembersihan giat dijalankan. Mengikut status kerja terkini, dua tren yang terbabit dalam pelanggaran akan ditarik balik ke Depoh LRT Kelana Jaya untuk pembaikan tengah malam ini selepas tamat perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya hari ini.
"Sejurus itu, Prasarana akan segera membuat ujian perjalanan dengan tren yang lain (tanpa penumpang) pada tengah malam (ketika tiada perkhidmatan LRT) bagi memastikan semua laluan selamat digunakan khususnya di kawasan kemalangan itu," katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Wee berkata kesemua 58 buah tren dijangka beroperasi semula secepat mungkin sekali gus dapat mengelakkan kesesakan dan kepadatan penumpang.
Beliau berkata apabila landasan di tempat kejadian dipulihkan kepada dua landasan, fenomena cerutan di tempat kejadian yang berlaku pada waktu kemuncak pagi semalam dapat diselesaikan dan kelicinan perkhidmatan LRT akan ditingkatkan.
Selain itu, beliau berkata hasil tinjauan di Pusat Kawalan Operasi (OCC) mendapati ia beroperasi dengan baik terutama dari segi sistem semboyan dan komunikasi selain sentiasa mengutamakan aspek keselamatan penumpang.
"Sekali lagi saya memohon pengguna tren supaya bersabar sedikit masa lagi sebelum keadaan kembali normal," katanya.
Semalam, Wee dalam sidang media berkata kerja-kerja membaik pulih kerosakan termasuk pembersihan landasan dan serpihan kemalangan LRT akan dilakukan dalam tempoh tiga hari mulai semalam (25 Mei) untuk mengelakkan gangguan operasi.
Dalam kejadian 8.45 malam Isnin lepas, seramai 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan, apabila sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji, bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 26 2021

Wee berkata kesemua 58 buah tren dijangka beroperasi semula secepat mungkin sekali gus dapat mengelakkan kesesakan dan kepadatan penumpang. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penduduk P.Pinang yakin LRT mampu atasi kesesakan lalu lintas
Penduduk Pulau Pinang teruja untuk menikmati perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri itu yang pelaksanaan fasa pertamanya dijangka bermula hujung tahun ini.

Kekerapan tren LRT dijangka dipertingkat pada Ogos - Wee
Kekerapan tren bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka dapat dipertingkat pada Ogos ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

RM800 juta untuk proses baik pulih perkhidmatan 28 set tren LRT laluan Kelana Jaya
Ia akan dibelanjakan untuk "mid-life refurbishment" melibatkan 28 set tren siri 818 ekoran beberapa insiden yang menyebabkan gangguan serta kekecewaan dalam kalangan pengguna.

Tujuh inisiatif tambah baik perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya - Wee
Tujuh inisiatif jangka panjang penambahbaikan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya daripada 23 inisiatif sedang giat dijalankan dan mengikut jadual yang dijangka siap akhir tahu

Tren terkandas punca gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya
Disebabkan kejadian itu, hanya satu landasan yang boleh digunakan di antara Stesen LRT Taman Bahagia sehingga Stesen LRT Taman Jaya.

28 stesen LRT dicadang dibina di Ipoh melibatkan dua laluan
Sebanyak 28 stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dicadang bakal dibangunkan di Bandar Raya Ipoh, dengan jumlah jarak keseluruhan 58 kilometer (km).

LRT di bandar raya Ipoh dalam rangka pembangunan kerajaan negeri
Transit Aliran Ringan (LRT) di bandar raya Ipoh antara rangka pembangunan kerajaan negeri dalam menyediakan hab pengangkutan yang lebih moden selain mengatasi masalah kesesakan pada masa akan datang.

LRT bertembung: Prasarana laksana langkah segera, mantapkan SOP perkhidmatan
Prasarana melaksanakan langkah segera dengan memantapkan SOP berkaitan sistem keselamatan, operasi, tenaga kerja dan penyelenggaraan rel.

Operasi LRT laluan Kelana Jaya dijangka kembali normal lebih awal - Wee
Perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka kembali beroperasi seperti biasa lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan.

LRT bertembung: Singapura zahirkan rasa simpati kepada mangsa kemalangan
Kerajaan Singapura menzahirkan rasa simpati kepada 213 mangsa kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) pada Isnin, kata Kementerian Luar.