KUANTAN: 229 notis kompaun telah dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang dengan nilai sebanyak RM53,850 melibatkan pelbagai kesalahan merokok di tempat larangan merokok dalam satu operasi selama dua hari yang berakhir pada Sabtu.
Antara lain kompaun dikeluarkan kerana kegagalan pemilik premis memastikan tiada orang merokok serta penjualan rokok yang tidak mengikut peraturan.
Operasi itu bertujuan untuk memperkasakan Dasar Generasi Penamat (GEG), selain menguatkuasakan peraturan sedia ada berkaitan larangan merokok terhadap Orang Belum Dewasa (OBD).
Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus memaklumkan, menerusi operasi itu didapati seramai 27 Orang Belum Dewasa telah diberikan notis kompaun kerana didapati merokok, menghisap rokok elektronik (vape) atau memiliki hasil tembakau.
“Daripada jumlah tersebut, 18 orang dikesan di kompleks membeli-belah, enam orang di tempat makan, dua orang di taman awam dan seorang di hentian pengangkutan awam.
“Mereka dikenakan kompaun minimum RM50 setiap seorang dan diberi nasihat agar berhenti merokok melalui perkhidmatan berhenti merokok yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, selain itu, notis kompaun juga dikeluarkan kepada seorang penjual rokok kerana gagal mempamerkan tanda larangan penjualan rokok bagi usia bawah 18 tahun.
“Dari 1 Januari hingga 22 Oktober 2022, jabatan ini telah mengeluarkan 7,645 notis kompaun dengan 556 notis daripadanya adalah melibatkan larangan terhadap Orang Belum Dewasa.
“Nilai kompaun keseluruhan yang telah dikeluarkan di bawah PPKHT 2004 adalah sebanyak RM1,830,300,” katanya.
Nor Aimi berkata, jabatan itu akan meneruskan operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 untuk membendung tabiat merokok dan melindungi orang ramai daripada bahaya rokok.
"Bagi golongan perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok, boleh mendapatkan maklumat serta berdaftar melalui laman sesawang jomquit.com.
“Semoga langkah-langkah yang telah diambil dapat membantu melahirkan generasi yang lebih sihat dan bebas dari sebarang bentuk amalan merokok,” katanya lagi.
Amir Hamzah Nordin
Sun Oct 23 2022
![Operasi rokok: JKN Pahang keluar 229 kompaun bernilai RM53,850 Operasi rokok: JKN Pahang keluar 229 kompaun bernilai RM53,850](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666500686_SAMAN.jpg)
Beberapa orang awam disaman oleh pihak berkuasa Jabatan Kesihatan dalam operasi tersebut di sekitar Kuantan.- Foto JKN Pahang
![Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735575911_beras.jpg)
Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.
![Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16 Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739464331_tbBersatu.jpg)
Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.
![China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723413726_ASEANChina.jpg)
China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.
![KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738824041_FadhlinaSidek.jpg)
KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.
![Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458140_IsmailSabriMuhyid.jpg)
Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
![Operasi rokok: JKN Pahang keluar 229 kompaun bernilai RM53,850 Operasi rokok: JKN Pahang keluar 229 kompaun bernilai RM53,850](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666500686_SAMAN.jpg)
Operasi rokok: JKN Pahang keluar 229 kompaun bernilai RM53,850
Sebanyak 229 notis kompaun telah dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang dengan nilai sebanyak RM53,850 melibatkan pelbagai kesalahan merokok.