ALOR SETAR: Polis menahan 20 suspek dipercayai penagih dalam Ops Tapis Khas yang menjadikan kawasan rekreasi Gunung Keriang sebagai lokasi penagihan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar itu berjaya menahan dua lelaki dipercayai tokan.
Beliau berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia 24 dan 38 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Polis juga berjaya merampas syabu seberat 6.05 gram dan heroin 50.36 gram dalam operasi yang bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam Jumaat itu.
Katanya, semua ditahan berusia 22 hingga 60 tahun dan kesemuanya positif dadah disiasat di bawah Seksyen 39B dan 39A Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar syabu dan heroin, dan disiasat bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 manakala selebihnya disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
"Satu tangkapan untuk 39B, satu tangkapan untuk 39A(2), dua tangkapan untuk 39A(1) dua tangkapan untuk 12(2), dan juga 14 tangkapan untuk 15(1). Semuanya 20 tangkapan," kata Ahmad Shukri.
Mereka berdepan hukuman penjara di antara lima hingga tujuh tahun dan boleh dikenakan satu hingga tiga kali sebatan.
Katanya lagi, operasi akan dilakukan secara berkala bagi membersihkan kawasan tumpuan orang awam itu daripada aktiviti dadah.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Jan 28 2023

Polis menahan 20 suspek dipercayai penagih dalam Ops Tapis Khas yang menjadikan kawasan rekreasi Gunung Keriang sebagai lokasi penagihan. -Astro AWANI

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Polis tahan warga Thailand, rampas dadah bernilai lebih RM2 juta
Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2 juta dan menyita harta bernilai RM379,817 dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan mulai 6 Ogos hingga semalam (19 Ogos).

Polis Kelantan tahan dua lelaki rampas 60,000 pil yaba bernilai RM660,000
Dua lelaki termasuk seorang warga Thailand ditahan bersama 60,000 biji pil yaba bernilai RM660,000 dalam Ops Tapis Khas di Kampung Tok Pelandok, Bukit Tuku, Pasir Mas pada 3 Ogos lepas.

274 ditahan dalam Op Tapis Khas di Kelantan
274 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM49,087.80.

Ops Tapis Khas: Polis serbu sarang penagih di Gunung Keriang, 20 ditahan
Polis juga berjaya merampas syabu seberat 6.05 gram dan heroin 50.36 gram dalam operasi yang bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam Jumaat itu.

240 individu ditahan polis Kelantan dalam Ops Tapis Khas
Seramai 240 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti yang melibatkan penagihan dan pengedaran dadah dalam Ops Tapis Khas Se-Malaysia.

Tokan besar ditahan, dadah bernilai hampir setengah juta ringgit dirampas
Polis menahan seorang lelaki serta merampas dadah jenis syabu dan yaba keseluruhan bernilai RM495,760, sekali gus menjadikan ia rampasan terbesar di Terengganu setakat ini bagi 2022.

Ops Tapis Khas tahan 27 penagih sekitar Chow Kit
Seramai 27 penagih, termasuk lima wanita, ditahan dalam 'Ops Tapis Khas' yang dijalanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen KL.