Sebanyak 37 daripada 112 Orang Asli suku Batek, Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan, yang dilaporkan mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, didapati dijangkiti wabak demam campak, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata 37 kes demam campak itu disahkan melalui ujian makmal manakala keputusan ujian makmal yang lain seperti tuberkulosis, meliodosis, leptospirosis dan corona virus adalah negatif.
"Berdasarkan daripada keputusan makmal tersebut, penyakit yang berlaku dalam kalangan Orang Asli Kampung Kuala Koh ini ialah wabak (measles) demam campak," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Menteri Kesihatan Bersama Petugas Rombongan Perubatan Haji 1440H/2019, di sini hari ini.
Beliau berkata faktor penyumbang kepada penularan jangkitan demam campak dalam komuniti Orang Asli itu adalah liputan imunisasi measles yang rendah iaitu hanya 61.5 peratus bagi suntikan dos pertama vaksin Measles-Mumps-Rubella (MMR) dan 30 peratus bagi suntikan dos kedua.
"Pasukan kesihatan sukar untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh kerana cara hidup suku kaum ini yang kerap berpindah-randah. Kekurangan zat makanan juga menyumbang kepada risiko jangkitan dan kejadian komplikasi," katanya.
Dr Dzulkefly berkata daripada 112 kes Orang Asli itu, tiga kematian telah direkodkan oleh Kementerian Kesihatan, dengan mangsa terbaharu merupakan kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun 6 bulan kerana komplikasi demam campak.
Daripada jumlah 112 itu juga, katanya sebanyak 51 kes masih dirawat di hospital iaitu 48 kes di wad biasa dan tiga kes di Unit Rawatan Rapi.
Sebanyak 19 kes dengan gejala ringan pula berada di Rumah Inap Kesihatan Orang Asli di Gua Musang dan 39 kes telah dibenarkan pulang, katanya.
Menurut Dr Dzulkefly, sebanyak 170 daripada 185 penduduk Kampung Kuala Koh telah ditemui dan diperiksa status kesihatan mereka.
Beliau juga berkata pasukan polis yang dibantu pasukan perubatan forensik Kementerian Kesihatan telah berjaya mengeluarkan kesemua 12 mayat dari Kuala Koh sehingga 6.40 petang semalam dan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk mengenal pasti punca kematian.
Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata sebanyak 260 anggota kesihatan Kementerian Kesihatan yang terdiri daripada pelbagai kategori termasuk doktor pakar akan dihantar bertugas sebagai Rombongan Petugas Perubatan Haji pada tahun ini dan mereka dijangka bertolak ke tanah suci pada 27 Jun ini. -- Bernama
BACA: Seorang lagi Orang Asli Sungai Berua dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu
BACA: Kerajaan Negeri akan bantu tingkatkan kehidupan Orang Asli Batek
Bernama
Mon Jun 17 2019
KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi martubasi
Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku, berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.
[TERKINI] KDN haramkan tiga buku
KDN memaklumkan perintah larangan tiga buku iaitu My Shadow Is Purple oleh Scott Stuart, Koleksi Puisi Masturbasi oleh Amir Hamzah bin Akal Ali (Benz Ali) dan All That’s Left In The World oleh Erik J. Brown.
Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan
Penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit di Kilometer 222.4 Lebuhraya Utara-Selatan.
Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
'Garis panduan untuk peringatan, bukan Islam tidak perlu campur' - Akmal Saleh
Dr Akmal Saleh berkata keperluan penyediaan garis panduan terbabit adalah sebagai sumber rujukan dan peringatan kepada umat Islam.
AWANI Ringkas: Bilangan mangsa di PPS berkurangan setakat 8 pagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aliff cipta sensasi tumbangkan Shamil Adukhov pada pusingan pertama
ATLET Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta sensasi apabila menumbangkan petarung dari Rusia, Shamil Adukhov dalam aksi One Fight Night 28 pada Sabtu.
PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.
PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Kajian menunjukkan kebanyakan negara menggunakan uniform celoreng tentera berbanding uniform seragam alternatif.
Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.
Amaran kesihatan berhubung demam campak dikeluarkan di Sydney
NSW Health mengeluarkan amaran itu pada Jumaat, menasihatkan orang ramai agar berwaspada terhadap simptom dan tanda-tanda demam campak.
Hospital Melaka siasat dakwaan tangan bayi bengkak, bernanah ketika terima rawatan
Ngwe berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada pihak hospital untuk memulakan siasatan secepat mungkin.
Jabatan Kesihatan Melaka beri vaksin tambahan demam campak
Jabatan Kesihatan Melaka melaksanakan pemberian vaksin tambahan bagi demam campak berikutan peningkatan kes berkenaan pada tahun lepas.
Mumbai laksana pemantauan pintu ke pintu ekoran kes demam campak
Bulan lepas, tiga kanak-kanak berumur di bawah lima tahun meninggal dunia dalam tempoh 48 jam.
COVID-19: CDC beri amaran varian Delta mudah tersebar seperti demam campak
CDC mengesyorkan bahawa orang yang divaksin sepenuhnya perlu terus mengamalkan pemakaian pelitup muka.
American Samoa pula dilanda wabak demam campak
Selepas Samoa, kini American Samoa pula diisytihar menghadapai krisis wabak demam campak.
Demam campak menjadi-jadi, Samoa 'tutup kedai' dua hari
Wabak demam campak kini meragut lebih 60 nyawa, dan Samoa mengambil langkah menghenti perkhidmatan kerajaan 48 jam untuk tumpukan perhatian terhadap pertingkakant usaha pelalian.
Orang Asli Kuala Koh bakal nikmati kemudahan elektrik tahun depan
Projek bernilai RM2 juta yang disumbangkan kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk disiapkan.
Penularan kes demam campak: Tiga daerah Sabah diberi vaksin percuma
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima kelulusan pengecualian fi bagi tiga buah daerah di Sabah untuk menjalankan aktiviti imunisasi tambahan (SIA) secara berperingkat.
Kematian 12 Orang Asli disebabkan demam campak, bukan keracunan logam berat - KKM
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan keputusan analisa sampel persekitaran dan laporan forensik, kematian mereka bukannya disebabkan keracunan logam berat.