KUALA LUMPUR: Penyelesaian isu Orang Asli seperti hak tanah, penjagaan kesihatan, pendidikan serta pemeliharaan budaya memerlukan kemahuan politik daripada semua pihak termasuk kerajaan dan agensi berkaitan.
Menurut Penyelaras Program Apa Kata Wanita Orang Asli, Eliana Tan Beng Hui, dengan mengenali Orang Asli secara lebih rapat, pihak terlibat boleh mendalami dan kemudian membantu isu yang dihadapi komuniti itu.
Begitu pun, Eliana berkata, tiada inisiatif khusus diambil untuk menyelami kehidupan Orang Asli menyebabkan rakyat di negara ini kurang mendapatkan pendedahan mengenai komuniti itu.
Mengambil contoh inisiatif Kerajaan Sarawak melalui saluran TVS, dia berkata, kepelbagaian etnik di negeri itu dapat ditonjolkan melalui media, sekali gus membolehkan masyarakat mengenali kehidupan sesuatu etnik.
"Saya kongsikan satu isu yang mana orang luar tak kenal pun siapa kami (Orang Asli). Saya rasa ini tentang representasi dan dalam media pun susah nak dengar mengenai Orang Asli. (Siaran) Televisyen pun tak ada dan susah nak cari (cerita) Orang Asli.
"Kalau ada pun mesti dengar fasal pembangunan untuk Orang Asli atau inisiatif kerajaan untuk membantu pendidikan Orang Asli (bukan kisah kehidupan).
"Tak pernah (dengar) pandangan Orang Asli itu sendiri seperti mengadaptasi cadangan-cadangan atau cara-cara untuk membantu komuniti ini," katanya di sini.
Eliana berkata demikian dalam Forum Bumiputera Terpinggir: Menangani Keperluan dan Hak Orang Asli di Malaysia yang diadakan di kampus Taylor's Lakeside, pada Ahad.
Berkongsi lanjut, dia berkata cabaran yang dihadapi oleh Orang Asli ketika ini adalah mereka sering dianggap sebagai komuniti yang perlu dibantu.
"Ramai pihak bukan setakat kerajaan tetapi (pihak) bukan kerajaan pun berlumba-lumba nak bantu Orang Asli sebab (dianggap) orang yang susah dan tak tahu buat keputusan.
"Ini ibarat nak tolong kami keluarkan (daripada kesusahan) dan buat keputusan untuk kami serta tentukan hala tuju.
"Tetapi kami pun manusia, warganegara Malaysia dan kami tahu nak buat keputusan dan tahu apa yang terbaik," tambahnya lagi.
Hasimi Muhamad
Sun Jun 25 2023
Eliana berkata, tiada inisiatif khusus diambil untuk menyelami kehidupan Orang Asli menyebabkan rakyat di negara ini kurang mendapatkan pendedahan mengenai komuniti itu - Foto/Tangkap layar video Astro AWANI
Langkah penyusunan semula bagi pastikan Petronas dapat terus sumbang kepada pembangunan negara
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
AWANI Ringkas: Monopoli Puspakom dihentikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 38.6 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM770,766 menerusi Op Tapis sejak Januari hingga semalam.
Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka
Mahkamah Tinggi menetapkan 28 April ini untuk memutuskan sama ada akan menyemak semula keputusan terbuka Mahkamah Koroner terhadap kematian warga Australia Annapuranee Jenkins.
Dialog Anak Muda: Interfaith Harmony Week faham, hormat dan terima
Apa cabaran dalam usaha untuk memperkukuh hubungan antara agama, etnik, dan budaya di negara ini? Bagaimana kepelbagaian agama dan budaya boleh digabungkan untuk membina sebuah negara yang benar-benar harmoni? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah yang diserahkan Kerajaan Persekutuan secara berfasa memberi ruang kepada Kerajaan Negeri melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri itu.
[TERKINI] Petronas: Langkah penyusunan semula penting untuk masa hadapan
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
LBS rai Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 Bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS) di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, pada Rabu.
11 pekerja asing kilang haram ditahan bersama RM21.83 juta e-waste
Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak menyerbu sebuah kilang memproses peleraian buangan elektrik dan elektronik (e-waste) haram di Machang Bubok dan merampas e-waste bernilai RM21.83 juta.
Jenayah penipuan pelaburan (setakat 2 Februari 2025)
Sejumlah 765 kes penipuan pelaburan telah dicatatkan setakat 2 Februari 2025. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) turut menyatakan jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta.
Orang Asli: 'Kami selalu dianggap bangsa yang perlu dibantu'
Eliana berkata cabaran yang dihadapi Orang Asli ketika ini adalah mereka sering dianggap sebagai komuniti yang perlu dibantu.