SHAH ALAM: Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini mengumumkan orang awam boleh membuat perkongsian Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) atau digital roadtax menggunakan fungsi baharu iaitu 'Kongsi LKM' di aplikasi MyJPJ bermula hari ini.
Menterinya Anthony Loke berkata melalui fungsi baharu itu, pemilik kenderaan boleh berkongsi e-LKM bersama keluarga, rakan-rakan atau individu lain yang dibenarkan oleh pemilik kenderaan.
"Pemilik kenderaan hanya perlu klik nombor plat kenderaan dan seterusnya klik butang 'Kongsi LKM' untuk membuat perkongsian e-LKM kepada individu lain.
"Fungsi ini juga mempunyai tempoh had masa perkongsian yang boleh ditetapkan oleh pemilik kenderaan dan mempunyai kod pengaktifan yang perlu diberikan kepada penerima e-LKM berkenaan untuk mengaktifkan perkongsian.
"Sistem juga akan menghapuskan rekod perkongsian sekiranya tidak diaktifkan dalam tempoh 24 jam," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata fungsi baharu dalam aplikasi MyJPJ berkenaan dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi seseorang pengguna yang memandu kenderaan bukan miliknya atau ahli keluarga.
"Sebelum ini orang awam dibenarkan untuk mencetak e-LKM berkenaan bagaimanapun pelbagai persoalan timbul, justeru penambahbaikan dilaksanakan bagi memudahkan pengguna," katanya.
Sementara itu, Loke berkata pihaknya juga akan memperkenalkan kertas keselamatan bagi menggantikan pelekat lesen kenderaan dan lesen memandu fizikal.
"Berdasarkan dapatan kajian dan analisis statistik sepanjang tahun 2023, JPJ mendapati bilangan pemandu dan pemilik yang memilih digitalisasi semakin meningkat kepada 7.5 juta pengguna. Bagaimanapun bagi pemandu dan pemilik kenderaan yang masih belum bersedia sepanjang tempoh interim pendigitalan tahun 2024, mereka masih boleh memilih LKM dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) fizikal.
"Bagi tujuan penyesuaian dalam tempoh interim, JPJ Malaysia akan mengeluarkan LKM dan LMM fizikal berbentuk baharu dan diseragamkan dalam bentuk kertas keselamatan sahaja. Ia akan terus dilaksanakan selepas stok LKM dan LMM fizikal yang lama di cawangan-cawangan atau kiosk JPJ habis," katanya.
Beliau berkata LKM yang baharu itu tidak perlu dilekatkan atau dipamerkan pada cermin kenderaan sepertimana keperluan Seksyen 20(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sebelum ini, sebaliknya ia disimpan mengikut kesesuaian orang awam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (dua, kanan) menunjukkan cukai jalan motosikal digital baharu pada sidang media sempena lawatan kerja di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor hari ini. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Orang awam boleh kongsi Lesen Kenderaan Motor Digital bermula hari ini - Loke
Orang awam kini boleh membuat perkongsian Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) atau digital roadtax menggunakan aplikasi MyJPJ.