KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan (DOF) melarang orang ramai di Melaka memakan dwicangkerang berkuat kuasa serta-merta hingga pemantauan tahap keselamatan bacaan biotoksin berada pada paras yang dibenarkan serta kupang selamat untuk dimakan.
DOF dalam kenyataan semalam memaklumkan hasil analisis dijalankan makmal Biosekuriti DOF terhadap sampel kupang dan air yang diambil dari Sebatu, Melaka pada Rabu lepas menunjukkan kehadiran alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada kesihatan manusia.
Menurut kenyataan itu larangan tersebut adalah tindakan pencegahan awal yang diambil Pejabat Perikanan Melaka berikutan kes kupang tercemar di Port Dickson, Negeri Sembilan.
"Jabatan akan meneruskan pemantauan selama 20 hari dengan melakukan pengujian secara berkala mengikut prosedur operasi standard Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan yang ditetapkan.
"DOF pada 2 April lepas juga telah mengeluarkan hebahan larangan sementara kepada pengusaha dan penternak bagi menghentikan serta-merta aktiviti menjual dan mengeluarkan kupang ternakan melalui sistem pancang, rak dan 'p-line' dari perairan Melaka," menurut kenyataan itu.
Orang awam diminta untuk segera melaporkan kepada DOF negeri atau daerah yang berhampiran sekiranya mengesan atau melihat perubahan warna air laut kepada merah, coklat, kuning atau hijau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
![Orang awam di Melaka dilarang makan dwicangkerang - DOF Orang awam di Melaka dilarang makan dwicangkerang - DOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/41554784867_MAKANANLAUT.jpg)
Larangan tersebut adalah tindakan pencegahan awal yang diambil Pejabat Perikanan Melaka berikutan kes kupang tercemar di Port Dickson, Negeri Sembilan. - Gambar hiasan/Sinar Harian
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Melaka teliti bantuan kepada nelayan, penternak terjejas larangan jualan dwicangkerang Melaka teliti bantuan kepada nelayan, penternak terjejas larangan jualan dwicangkerang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718226890_AkmalSaleh.jpg)
Melaka teliti bantuan kepada nelayan, penternak terjejas larangan jualan dwicangkerang
Dr Muhamad Akmal berkata sebelum ini terdapat bantuan yang telah disalurkan kepada nelayan terjejas oleh LKIM.
![Orang awam di Melaka dilarang makan dwicangkerang - DOF Orang awam di Melaka dilarang makan dwicangkerang - DOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/41554784867_MAKANANLAUT.jpg)
Orang awam di Melaka dilarang makan dwicangkerang - DOF
Hasil analisis terhadap sampel kupang dan air yang diambil dari Sebatu menunjukkan kehadiran alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya.