PUTRAJAYA: Orang awam dinasihatkan untuk mendapat rawatan di klinik kesihatan berhampiran terlebih dahulu bagi kes-kes bukan kecemasan, dan memberi laluan kepada pesakit kritikal yang memerlukan rawatan segera di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya.
Dalam kenyataan hari ini, susulan isu kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya dibangkitkan seorang pengguna Twitter semalam (13 Feb), Pengarah Hospital Putrajaya Datuk Dr Nora'i Mohd Said berkata ia bagi membolehkan isu kesesakan atau jumlah pesakit yang ramai di hospital berkenaan ditangani dengan baik.
Merujuk kepada ciapan di platform Twitter bertarikh 13 Feb itu, beliau berkata pihak Hospital Putrajaya mengambil maklum mengenai isu kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma yang dibangkitkan oleh pemilik akaun tersebut, serta berterima kasih dan berlapang dada menerima pandangan yang dikemukakan.
Dr Nora'i berkata pada 13 Feb, di antara pukul 11 malam hingga 1 pagi, bilangan pesakit di Zon Hijau hospital berkenaan ialah seramai 95 orang, dan jumlah keseluruhan pegawai perubatan yang bertugas ialah 13 orang.
"Petugas lain termasuk jururawat juga bertugas pada kapasiti maksima dan para doktor serta kakitangan bergilir untuk memanggil pesakit, bagi mengelakkan pesakit menunggu lama dan memudahkan doktor mendapatkan maklumat terus daripada pesakit," katanya.
Mengenai isu kerusi roda tidak mencukupi, Dr Nora'i berkata pihak hospital telah menyediakan 15 kerusi roda bagi pesakit yang memerlukan, dan pesakit atau waris boleh memohon di kaunter triage yang disediakan atau mendapatkan kerusi roda tambahan di kaunter keselamatan di Lobi Utama.
"Pemantauan akan ditingkatkan bagi mengenal pasti kerusi roda yang uzur dan tidak sesuai digunakan orang awam," katanya.
Mengulas mengenai ruang menunggu yang terhad, Dr Nora'i berkata ruang menunggu ada disediakan berhampiran kawasan kaunter farmasi Jabatan Kecemasan dan di dalam kawasan ruang legar di Lobi Utama.
Pengguna Twitter, Nayli Majid dalam ciapannya membangkitkan beberapa isu berkaitan situasi di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya antaranya kekurangan doktor dan jururawat yang bertugas; jumlah pesakit yang ramai; tidak cukup tempat duduk untuk waris yang menunggu; kekurangan kerusi roda dan kerusi roda rosak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023
Orang awam dinasihatkan untuk mendapat rawatan di klinik kesihatan berhampiran terlebih dahulu bagi kes-kes bukan kecemasan, dan memberi laluan kepada pesakit kritikal yang memerlukan rawatan segera di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya.
'Saya guna AI ugut, sengaja nak mainkan Harith Iskander'
Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi AI untuk mengugut dan mempermainkan perasaan Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa hari ini, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Lebih 19,000 pencarum dapat manfaat kemudahan dialisis Perkeso - Sim
Peruntukan lebih RM400 juta disediakan bagi rawatan dialisis di pusat dialisis yang disediakan Perkeso sepanjang tahun lepas.
Rawatan kanser Raja Charles berjalan lancar, akan diteruskan tahun depan
Pasukan perubatan Raja Charles sentiasa memantau dengan teliti jadual acara rasmi baginda sejak kembali kepada tugas awam.
Stigma sosial halang individu dapatkan rawatan kesihatan mental
Golongan muda atau pelajar universiti sedar akan kewujudan perkhidmatan kaunseling tetapi enggan dapatkan rawatan.
Malaysia, India dan ASEAN kukuh kerjasama sektor penjagaan kesihatan
Cabaran yang dihadapi dalam beberapa tahun ini menekankan pentingnya kerjasama, inovasi dan infrastruktur penjagaan kesihatan yang kukuh.
Unit Udara JBPM bantu Orang Asli Gua Musang dapatkan rawatan
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan membawa seorang lelaki Orang Asli dari Pos Simpor, untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Memahami sel tumor kanser payudara bersifat agresif
Tumor jenis agresif umumnya dikesan dalam kanser payudara ialah triple-negative dan HER2-positive, yang mana selalunya lebih sukar dirawat, menjadikan diagnosis awal dan tindakan segera kritikal.
Isteri Perdana Menteri jalani prosedur kesihatan, dalam keadaan baik
Dr Wan Azizah berada dalam keadaan yang baik selepas menjalani prosedur kesihatan itu.
Pekerja pam minyak pengsan, bukan kena tembak - Polis
Kepala mangsa terhentak ke lantai dan mengalami kecederaan sehingga berdarah dan mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Bukan sekadar berat badan berlebihan, ancaman senyap masalah obesiti di Malaysia
Menurut SMCV, Atlas Obesiti Dunia juga meramalkan bahawa jumlah itu boleh meningkat kepada 41 peratus menjelang 2035.
'Terima kasih Malaysia atas bantuan, sokongan diberikan' - Warga Palestin
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin", kata Banan Salmi Ahmad Abu Ratimah, 28, ketika ditemui di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku