IPOH: Orang Besar Jajahan Perak Tengah Datuk Seri Ghazalli Abdul Rahman meninggal dunia di sini, awal pagi tadi kerana sakit tua.
Yang dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Datuk Seri Mohd Anuar Zaini berkata Allahyarham, 90, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 3.30 pagi.
Difahamkan, Allahyarham yang juga Orang Kaya Kaya Setia Bijaya Diraja, meninggal dunia di kediamannya di Desa Perwira di sini.
"Jenazah kemudian dimandikan dan diuruskan di Masjid Solatiah, Rapat Setia untuk solat jenazah dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap Jalan Kuala Kangsar-Ipoh kira-kira 10 pagi tadi.
"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta diterima segala amal bakti Allahyarham," katanya ringkas kepada Bernama.
Orang Besar Jajahan dipilih dan dilantik Sultan Perak untuk mewakili istana dalam segala urusan berkaitan di setiap daerah yang diamanahkan kepada mereka.
Antara tugas Orang Besar Jajahan ialah menjalankan segala titah perintah Sultan Perak yang berkaitan dengan urusan pentadbiran kerajaan, agama Islam, adat Melayu serta kebajikan rakyat jelata dengan menganggotai pelbagai pertubuhan dan sebagainya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 26 2021

Difahamkan, Allahyarham yang juga Orang Kaya Kaya Setia Bijaya Diraja, meninggal dunia di kediamannya di Desa Perwira di sini. - Gambar fail
Malaysia dalam usaha adakan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS
Malaysia sedang berusaha untuk mengadakan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (AS) sama ada di Malaysia atau AS, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Simposium ASEAN-UK platform majukan ekonomi kreatif
Simposium ASEAN-UK mengenai Pembangunan Rangka Kerja Kelestarian Ekonomi Kreatif ASEAN menjadi platform utama memajukan industri budaya dan kreatif di rantau ini sambil memupuk pembangunan lestari dalam Ekonomi Kreatif ASEAN.
China akan tambah bilangan negara dikecualikan visa
China sebelum ini melonggarkan syarat visa bagi pelancong ASEAN yang melawati Xishuangbanna di Yunnan, yang sering menjadi tumpuan pelancong sewaktu musim bunga.
Desaru jangka sektor pelancongan dapat nafas baharu
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang, Nazrul Abd Rahim berkata, AEM dapat membantu mempromosikan Desaru sebagai lokasi pelancongan setanding lokasi lebih terkenal seperti Langkawi, Kedah dan Pulau Tioman.
Pelan kerjasama komprehensif lima tahun bakal dirangka
Timbalan Menteri Luar Rusia, Andrey Rudenko berkata, keputusan itu dibuat selepas Rusia mendapati kerjasamanya dengan setiap negara anggota ASEAN, serta bersama ASEAN sebagai sebuah blok, semakin erat dalam beberapa bidang.
Sidang kemuncak buka potensi besar kerjasama rentas sektor
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, China adalah negara pasaran terbesar, manakala GCC merupakan negara yang mempunyai modal, sementara ASEAN merupakan blok negara yang mempunyai banyak sumber asli.
Kerjasama rapat jamin keselamatan, pembangunan Asia Pasifik
China juga komited menggunakan ASEAN sebagai platform yang berkesan untuk menyelesaikan pertelingkahan sempadan di Laut China Selatan.

606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008 - Exco
Sebanyak 606 sekolah tahfiz di Selangor dikenal pasti tidak pernah mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejak 2008.
Malaysia, ASEAN kekal komited perkasakan WTO
ASEAN komited untuk membantu memperkasakan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
wakil tetap Malaysia ke WTO, Syahril Syazli Ghazali berkata, ini bagi mendepani ketidaktentuan global, serta tindakan beberapa negara yang menguatkan dasar perlindungan perdagangan.
wakil tetap Malaysia ke WTO, Syahril Syazli Ghazali berkata, ini bagi mendepani ketidaktentuan global, serta tindakan beberapa negara yang menguatkan dasar perlindungan perdagangan.
Thailand akan perkukuh kerjasama rentas sempadan
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra berkata, ini susulan kejayaan beberapa inisiatif kerajaan dalam membendung aktiviti penipuan dalam talian yang beroperasi di sempadan negara itu dengan Myanmar.

Orang Besar Jajahan Perak Tengah meninggal dunia
Orang Besar Jajahan Perak Tengah Datuk Ahmad Ruslan Mohd Ridzuan meninggal dunia pada 7.53 pagi tadi.

Orang Besar Jajahan Perak Tengah meninggal dunia
Orang Besar Jajahan Perak Tengah Datuk Seri Ghazalli Abdul Rahman meninggal dunia di sini, awal pagi tadi kerana sakit tua.