Orang ramai disaran membuat aduan kepada pihak berwajib jika terlihat pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang masih memuat naik gambar atau apa-apa kenyataan berbaur hasutan di laman sosial.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata masyarakat juga boleh memantau perkara itu dan jika berulang boleh membuat aduan.
Sehubungan itu, beliau berharap pasangan terbabit mematuhi syarat yang ditetapkan oleh mahkamah dengan tidak mengulangi perbuatan itu.
"Dalam hal ini, saya minta supaya orang awam turut memantau apa yang dilakukan oleh pasangan ini dalam blog mahupun laman sosial mereka agar perkara yang sama tidak berulang.
"Tidak semestinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang boleh memantau perkara ini, orang ramai juga boleh memantau dan jika ternampak boleh buat aduan terus kepada pihak berwajib," katanya kepada pemberita di sini.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin membenarkan Alvin dan Vivian dijamin RM30,000 seorang berserta empat syarat iaitu pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah; melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan; dilarang memuat naik artikel, komen, gambar lucah serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman; serta dihalang menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet.
Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.
Dalam perkembangan lain, Jailani berkata SKMM hanya akan bertindak jika menerima aduan berhubung penyalahgunaan internet atau laman sosial termasuk blog-blog.
Bagaimanapun beliau berkata dalam kebanyakan kes, kehadiran SKMM lebih kepada membantu siasatan memandangkan kes-kes itu akan dirujuk kepada pihak yang berkaitan terlebih dahulu.
"Sebagai contoh, penyebaran ajaran Syiah di internet adalah di bawah tanggungjawab jabatan agama manakala isu kantin sekolah yang kecoh sebelum ini di bawah Kementerian Pendidikan.
"Dalam hal ini, SKMM akan membantu apa yang perlu termasuk dari segi pemantauan. Jadi, sebab itulah saya rasa kita perlu wujudkan kawalan kendiri bagi mengatasi masalah ini. Mana-mana orang awam yang ada maklumat mengenai perkara ini, mereka boleh buat laporan terus kepada kami," katanya.
Bernama
Sat Jul 27 2013
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Projek laluan rel pantai timur (ECRL) dijangka siap dua bulan setengah lebih awal dari yang dijadualkan selepas kerja pemasangan laluan dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disempurnakan.
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin meninjau projek berpotensi menjana kekayaan, dalam satu lawatan ke China pada jun 2016.
Keir Starmer hargai pertemuan dengan Anwar, pelaburan Malaysia
Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut satu peluang yang baik selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri UK.
Anwar jumpa Keir Starmer, isu Palestin antara dibincang
Jelas Anwar lagi, hal-hal yang dibincangkan tersebut seterusnya akan dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Perarakan Harmoni pada 15 dan 16 Feb ini bagi meraikan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat di negara ini, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.