KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu mengelak daripada mendapatkan perkhidmatan perubatan estetik di premis tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) memandangkan ia boleh mendatangkan komplikasi kesihatan, kecacatan dan kematian jika dikendalikan individu tidak berkelayakan.
Pengarah Bahagian Amalan Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Mohd Azman Yacob berkata semua pengamal perubatan berdaftar hanya dibenarkan memberi perkhidmatan perubatan estetik di premis yang berdaftar atau dilesenkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).
"KKM ingin menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati apabila mendapatkan perkhidmatan perubatan estetik. Perkhidmatan perubatan estetik hanya boleh diberikan oleh pengamal perubatan berdaftar yang bertauliah di premis yang berdaftar atau dilesenkan di bawah KKM," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam sebuah akhbar tempatan melaporkan terdapat lebih 20 pusat kecantikan atau medispa di Lembah Klang dan beberapa negeri di utara serta selatan tanah air yang didakwa didalangi pakar bedah warga asing, menawarkan perkhidmatan perubatan estetik dengan harga murah.
Beliau berkata hanya pengamal perubatan berdaftar yang telah ditauliahkan dengan Letter of Credentialing and Privileging of Aesthetic Medical Practice (LCP) dibenarkan menjalankan prosedur-prosedur perubatan estetik seperti pembedahan plastik termasuk rhinoplasty, alarplasty, liposuction, kelopak mata blepharoplasty, suntikan Botox dan Filler, Laser, High Intensity Focused Ultrasound (HIFU) dan lain-lain.
"Orang ramai perlu mengelak daripada mendapatkan perkhidmatan perubatan estetik terutama prosedur-prosedur invasif yang ditawarkan di kediaman, hotel, spa atau salun kecantikan atau premis lain yang meragukan," katanya.
Mengulas lanjut, Dr Mohd Azman berkata prosedur perubatan estetik juga mempunyai senarai kontraindikasi yang hanya boleh dikenal pasti oleh pengamal perubatan sahaja dan KKM akan terus memantau dan menjalankan penguatkuasaan ke atas individu yang melakukan kesalahan undang-undang dalam perkhidmatan kesihatan.
Beliau berkata sebarang aduan berkenaan perkhidmatan perubatan estetik boleh disalurkan kepada [email protected] atau [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 10 2022

Orang ramai perlu mengelak daripada mendapatkan perkhidmatan perubatan estetik terutama prosedur-prosedur invasif yang ditawarkan di kediaman, hotel, spa atau salun kecantikan atau premis lain yang meragukan. - Gambar hiasan

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025
10 Berita Pilihan - (28 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Persiapan sambutan bulan Ramadan
Ikuti temubual wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bersama Ketua Naqib / Ketua Imam Masjid At Taqwa TTDI, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkenaan dengan persiapan sambutan bulan Ramadan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
41 pekerja dikhuatiri tertimbus runtuhan salji
Sekurang-kurangnya 41 pekerja binaan dikhuatiri tertimbus manakala 16 diselamatkan dalam kejadian runtuhan salji berhampiran sempadan India-Tibet pada Jumaat.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.
Menteri Ekonomi ASEAN kolektif kerjasama dengan AS
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberitahu, Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN menegaskan persetujuan untuk bekerjasama secara kolektif dan mengekalkan pendekatan keterlibatan dengan semua pihak berkepentingan termasuk Amerika Syarikat.
Sehubungan itu kata beliau, pasukan petugas khas akan meneliti dan menasihati Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN mengenai jangkaan yang mungkin berlaku.
Sehubungan itu kata beliau, pasukan petugas khas akan meneliti dan menasihati Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN mengenai jangkaan yang mungkin berlaku.
FGV sasar capai margin keuntungan lebih baik
FGV Holdings Bhd menyasarkan untuk mencapai margin keuntungan yang lebih baik pada separuh pertama tahun 2025 susulan bekalan yang terhad dan permintaan tinggi sempena musim perayaan yang dijangka mengekalkan harga minyak sawit mentah (MSM) pada paras tinggi.
18 keutamaan ekonomi dipersetujui negara anggota
ASEAN mencapai persetujuan terhadap sembilan daripada 18 PED yang ditetapkan Malaysia setakat ini.
Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu
Kementerian Agama Republik Indonesia menetapkan 1 Ramadan 1446 Hijrah jatuh pada Sabtu, 1 Mac 2025, hasil sidang isbat yang diadakan di Jakarta pada Jumaat.

Kusta: 'Penduduk yang belum buat saringan perlu lakukan segera' - MB
Penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan Guntur di Kuala Pilah yang masih belum membuat saringan kesihatan susulan jangkitan penyakit kusta, diminta berbuat demikian dengan segera.

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

Penyakit kusta: PKD ambil langkah proaktif, lakukan pencegahan awal
PKD melakukan pencegahan awal terhadap penyakit kusta menerusi saringan dan pemeriksaan terhadap penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan KOA Guntur di sini, sejak Ogos lepas.

Wabak kusta: KKM minta jangan terpengaruh dengan sumber tidak tepat
KKM meminta agar masyarakat tidak bimbang dan terpengaruh dengan sebarang spekulasi atau sumber tidak tepat berhubung wabak kusta di Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur, Kuala Pilah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM
Warga emas, iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik tersenarai, boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma bermula 18 Feb ini.

Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.