KUALA LUMPUR: Satu undang-undang baharu yang membenarkan Perbendaharaan (Kementerian Kewangan), Menteri Besar atau Ketua Menteri meluluskan apa-apa perbelanjaan tambahan atau pengeluaran daripada Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa, diwartakan pada Rabu.
Ini berdasarkan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (Pindaan) 2021, yang berkuat kuasa pada 31 Mac 2021, melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang disiarkan Jabatan Peguam Negara pada Rabu.
Ordinan itu, yang dipinda dengan memasukkan dua seksyen baharu iaitu 10A dan 10B, telah dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Seksyen 10A menyatakan apa-apa perbelanjaan tambahan atau pengeluaran daripada Kumpulan Wang Disatukan, yang mengkehendaki suatu akta atau enakmen atau ketetapan Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri bagi tempoh darurat berkuat kuasa, boleh dibuat dengan kelulusan Perbendaharaan atau Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi sesuatu negeri, sebagaimana diperuntuk oleh mana-mana undang-undang bertulis atau arahan perbendaharaan atau pekeliling perbendaharaan.
Seksyen 10B pula menyatakan bagi tempoh darurat berkuat kuasa, peruntukan yang berhubungan dengan penggunaan wang yang diperuntuk dalam perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275) dan perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 (Akta 188) berkaitan kuasa Dewan Rakyat berhubung soal kewangan, tidak mempunyai kesan.
Ordinan itu dimasyhurkan apabila Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa tindakan serta-merta adalah dikehendaki bagi menjamin dan mengekalkan keselamatan, kehidupan ekonomi serta ketenteraman awam.
Pada 12 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik COVID-19 di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 31 2021

Ini berdasarkan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (Pindaan) 2021, yang berkuat kuasa pada 31 Mac 2021, melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang disiarkan Jabatan Peguam Negara pada Rabu.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Mahkamah Tinggi dengar kes saman berhubung Ordinan Darurat pada 3 Okt
Peguam New Sin Yew, yang mewakili Bersih dan tujuh pihak selaku plaintif ketika dihubungi berkata kes saman itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Dewan Negara lulus usul ungkai Ordinan Darurat
Persidangan Dewan Negara hari ini sebulat suara meluluskan usul bagi mengungkai tujuh ordinan darurat.

Ordinan Darurat terungkai sepenuhnya selepas dilulus di Dewan Rakyat, Dewan Negara
Usul diluluskan Dewan Rakyat pada Isnin selepas dibentang dan dibahas serta mendapat undian suara terbanyak.

Dewan Rakyat lulus usul bahas, ungkai tujuh Ordinan Darurat
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon berkata lebih suara dalam dewan bersetuju agar usul tersebut diluluskan,

PRN Sarawak: 'Tunggu perintah darurat ditarik balik' - Abang Jo
Sarawak hanya menunggu Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 ditarik balik sebelum membuat sebarang pengumuman mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

16 individu leka berjudi ditahan, dikompaun di Port Dickson
Polis menahan 16 individu termasuk dua warga emas yang leka berjudi dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Lukut, Port Dickson dekat sini semalam.

Tiada keperluan adakan PRK DUN Melor
Keputusan itu diambil selepas berakhirnya Proklamasi Darurat 2021 dan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Dihalang masuk Parlimen, Majlis Presiden PH minta semua Ahli Parlimen buat laporan polis
PH berasa amat kesal dengan tindakan mengarah serta memperalat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menghalang Ahli Parlimen dari memasuki Parlimen.

Krisis Perlembagaan atau kemaruk kuasa?
Mana hala tuju politk di negara ini. Ini perincian dan pendapat Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Hj Dullah.

Ungkai Ordinan Darurat September depan, selesai polemik secara harmoni, berperlembagaan - PM
Jemaah Menteri akan membincangkan berkenaan usul untuk membahas dan mengungkaikan Ordinan-ordinan Darurat esok sebelum ia dibawa pada sidang Parlimen, September depan.