KUALA LUMPUR: Ordinan-ordinan darurat yang berkuat kuasa di bawah Proklamasi Darurat akan terungkai sepenuhnya selepas diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kata pakar perlembagaan Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.
Setakat ini, usul bagi mengungkai ordinan-ordinan itu diluluskan Dewan Rakyat semalam selepas dibentang dan dibahas serta mendapat undian suara terbanyak.
Justeru, Shamrahayu yang juga Penyandang Kursi Institut Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata dari segi perundangan, ordinan berkenaan masih berkuat kuasa sehingga Dewan Negara meluluskan pengungkaian ordinan-ordinan itu.
"Ia hanya menamatkan (ordinan) darurat itu pada peringkat Dewan Rakyat, tapi ia akan sepenuhnya terungkai apabila usul itu diluluskan di Dewan Negara.
"Kalau hanya diluluskan di Dewan Rakyat, ia tak bermakna undang-undang tak boleh dilaksanakan... (ordinan) itu boleh dilaksanakan. Kalau Dewan Negara ungkai, baru betul-betul tamat," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Menurut Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B), hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B).
Usul berkenaan yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, diluluskan dengan suara majoriti selepas dibahas 18 Ahli Dewan Rakyat.
BACA: Dewan Rakyat lulus usul bahas, ungkai tujuh Ordinan Darurat
Wan Junaidi ketika menggulung perbahasan usul itu berkata tanpa Proklamasi Darurat yang dilaksanakan dari Januari hingga Ogos lepas, kerajaan akan menghadapi kesukaran untuk mengambil tindakan-tindakan perlu bagi menangani wabak COVID-19 yang ketika itu memasuki tahap kritikal.
Ia meliputi Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021; Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021; Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021.
Selain itu, ia turut meliputi Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Pindaan) 2021; Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021; dan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021.
Pada 16 Dis tahun lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Gerik, Perak dan DUN Bugaya, sekali gus menangguhkan PRK dua kerusi berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 25 2021

SHAMRAHAYU: Kalau hanya diluluskan di Dewan Rakyat, ia tak bermakna undang-undang tak boleh dilaksanakan. Kalau Dewan Negara ungkai, baru betul-betul tamat. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Mahkamah Tinggi dengar kes saman berhubung Ordinan Darurat pada 3 Okt
Peguam New Sin Yew, yang mewakili Bersih dan tujuh pihak selaku plaintif ketika dihubungi berkata kes saman itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Dewan Negara lulus usul ungkai Ordinan Darurat
Persidangan Dewan Negara hari ini sebulat suara meluluskan usul bagi mengungkai tujuh ordinan darurat.

Ordinan Darurat terungkai sepenuhnya selepas dilulus di Dewan Rakyat, Dewan Negara
Usul diluluskan Dewan Rakyat pada Isnin selepas dibentang dan dibahas serta mendapat undian suara terbanyak.

Dewan Rakyat lulus usul bahas, ungkai tujuh Ordinan Darurat
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon berkata lebih suara dalam dewan bersetuju agar usul tersebut diluluskan,

PRN Sarawak: 'Tunggu perintah darurat ditarik balik' - Abang Jo
Sarawak hanya menunggu Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 ditarik balik sebelum membuat sebarang pengumuman mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

16 individu leka berjudi ditahan, dikompaun di Port Dickson
Polis menahan 16 individu termasuk dua warga emas yang leka berjudi dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Lukut, Port Dickson dekat sini semalam.

Tiada keperluan adakan PRK DUN Melor
Keputusan itu diambil selepas berakhirnya Proklamasi Darurat 2021 dan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Dihalang masuk Parlimen, Majlis Presiden PH minta semua Ahli Parlimen buat laporan polis
PH berasa amat kesal dengan tindakan mengarah serta memperalat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menghalang Ahli Parlimen dari memasuki Parlimen.

Krisis Perlembagaan atau kemaruk kuasa?
Mana hala tuju politk di negara ini. Ini perincian dan pendapat Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Hj Dullah.

Ungkai Ordinan Darurat September depan, selesai polemik secara harmoni, berperlembagaan - PM
Jemaah Menteri akan membincangkan berkenaan usul untuk membahas dan mengungkaikan Ordinan-ordinan Darurat esok sebelum ia dibawa pada sidang Parlimen, September depan.