Buat julung kalinya, Wisma Putra menganjurkan orkestra secara maya dengan kerjasama Dewan Filharmonik Petronas (DFP) dan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO).
Konsert berdurasi 30 minit itu mempersembahkan enam buah lagu patriotik dan tradisi yang dipimpin Ahmad Muriz Che Rose.
Persembahan itu membuka tirai dengan lagu kebangsaan, Negaraku di susuli lagu yang menjadi siulan rakyat Malaysia seperti Cindai, Puteri Santubong, Warisan, Tanah Pusaka, Bahtera Merdeka dan Malaysia Prihatin termasuk penampilan dua artis tempatan, Aishah dan Akim Ahmad.
Ditayangkan serentak secara dalam talian melalui Facebook Rasmi Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan saluran YouTube Wisma Putra, konsert itu juga dipancarkan ke 106 Pejabat Perwakilan Malaysia di seluruh dunia.
Ia turut ditonton bersama-sama diaspora Malaysia dalam satu majlis ringkas yang dipanggil Program Mendampingi Rakyat Malaysia.
Inisiatif itu dilihat sebagai salah satu usaha Wisma Putra bagi menyahut seruan kerajaan dalam Kempen Pembudayaan Norma Baharu bagi menghadapi wabak COVID-19 dengan menganjurkan Sambutan Hari Kebangsaan 2020 secara maya.
Hishammuddin dalam ucapan pembukaannya berkata Wisma Putra amat berbangga bekerjasama dengan salah satu kebanggaan Malaysia.
"Selama 22 tahun ini, MPO dan DFP telah memperkayakan landskap budaya Malaysia, khususnya dalam membawa persembahan muzik bertaraf dunia ke dalam negara.
"Bersesuaian dengan semangat dan nilai 'Perpaduan dalam Kepelbagaian', saya dengan bangganya mempersembahkan 60 pemuzik dari 26 negara yang akan bersama-sama mengalunkan lagu-lagu kegemaran negara kita.
"Walaupun terdapat banyak alat muzik yang berbeza, yang anda akan dengar hanyalah satu harmoni yang indah.
"Inilah tanah air yang kita cintai, hargai dan pertahankan. Inilah Malaysia yang kita banggakan," katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Aug 31 2020
Hishammuddin dalam ucapan pembukaannya berkata Wisma Putra amat berbangga bekerjasama dengan salah satu kebanggaan Malaysia. - Foto Instagram/h2o_image
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.
Bekas kerani bank didakwa pecah amanah akaun masjid lebih RM100,000
Bekas kerani bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang akaun sebuah masjid berjumlah RM115,900, tiga tahun lepas.
Belanda kurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela
Belanda memutuskan untuk mengurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela di negara itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Caracas.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan kepada 120 rumah warga emas
McDonalds Malaysia mengunjungi 120 rumah kebajikan untuk membawa kegembiraan Tahun Baru Cina ini.
Sampel bukti kebakaran di Baling dihantar makmal - Bomba
Siasatan menyeluruh sudah dilakukan di lokasi kejadian berlaku antara 24 Disember tahun lalu sehingga 12 Januari baru-baru ini.
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
PBB perlu pastikan gencatan senjata di Gaza dipatuhi - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia
Langkah itu amat penting, terutama dalam memastikan pembukaan saluran bantuan kemanusiaan berdasarkan keputusan ICJ dan Majlis Keselamatan PBB.
Filem animasi Dongeng Sang Kancil lahir bakat tempatan
Semua penyelidikan dan pembangunan filem ini dibuat oleh kru Les Copaque Production yang kesemuanya merupakan anak seni tempatan.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.