LUMUT: Markas Pemerintahan Armada Barat (MPA Barat) melalui Bahagian Perancangan dan Kontigensi (N5), telah menganjurkan Operational Sea Training Exercise West Siri 2/2022 (OSTEX West 2/22) pada 21 hingga 28 September lalu.
Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut dalam kenyataan yang dikeluarkan memberitahu, OSTEX West berlangsung di Lumut dan perairan Selat Melaka.
Katanya, ia merupakan platform bagi menguji keberkesanan Latihan Perang Pangkor yang telah dilaksanakan sebanyak 39 siri untuk tahun ini.
"Ia bagi meningkatkan tahap kesiagaan aset dan kompetensi warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam aspek peperangan maritim.
"Selain itu, OSTEX West juga menyediakan kapal-kapal TLDM di Armada Barat.
"Ia bagi menghadapi eksesais intra TLDM terbesar iaitu Eksesais KERISMAS 27/22 yang akan dilaksanakan mulai 3-20 Oktober di Laut China Selatan bersama kapal-kapal dari Armada Timur dengan penglibatan sebanyak 23 aset permukaan TLDM secara keseluruhan," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, terdapat dua fasa eksesais yang dilaksanakan iaitu Fasa Pelabuhan dan Fasa Laut.
"Semasa Fasa Pelabuhan, beberapa siri latihan telah dilaksanakan merangkumi Table Top Exercise (TTX), perbincangan Pegawai operasi dan taklimat pra-pelayaran.
"Manakala bagi Fasa Laut, objektif latihan direalisasikan melalui Field Training Exercise (FTX) meliputi aspek navigasi, ilmu kelautan, komunikasi dan peperangan," jelas kenyataan itu.
Selain itu, kenyataan itu juga memaklumkan, sebanyak tujuh buah kapal terlibat dalam eksesais tersebut iaitu KD Jebat selaku Commander Task Group 21.0, KD Sri Indera Sakti, KD Gagah Samudera KD Lekir, KD Laksamana Hang Nadim, KD Kinabalu dan KD Gempita.
Tidak ketinggalan Fast Combat Boat, pesawat Fennec TLDM dan F/A-18D TUDM sebagai aset sokongan.
Terdahulu, upacara pembukaan OSTEX WEST 2/22 telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Farizal Myeor, di Pusat Taktikal Maritim (PUSTAKMAR), Pangkalan TLDM Lumut pada 23 September lalu.
Pelaksanaan OSTEX West juga bertindak sebagai serampang dua mata dengan memperagakan aset TLDM di perairan Selat Melaka.
Ia bagi meningkatkan keyakinan komuniti maritim terhadap TLDM dalam melindungi kepentingan Zon Maritim Malaysia.
Aida Aziz
Fri Sep 30 2022
Markas Pemerintahan Armada Barat (MPA Barat) melalui Bahagian Perancangan dan Kontigensi (N5) menganjurkan Operational Sea Training Exercise West Siri 2/2022 (OSTEX West 2/22) pada 21 hingga 28 September lalu. - Gambar ihsan TLDM
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
Bom UXO tinggalan Perang Dunia Kedua di Semporna dimusnahkan
Bom itu berjaya dimusnahkan oleh pasukan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 3.10 petang Sabtu.
645 perajurit muda TLDM tamat Kursus Asas Tentera Laut
Sebanyak 645 perajurit muda TLDM berjaya menamatkan Kursus Asas Tentera Laut (KATL) di Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM, Kapal Diraja (KD) Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, di sini hari ini.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.
Kesilapan pandu arah, kapal usang punca KD Pendekar karam
Ia berdasarkan rekod laluan kapal tersebut yang tersasar dari laluan yang dirancang dan terlanggar Terumbu Punggai.
'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Op Naga: 598 vesel nelayan asing ditahan
Sebanyak 598 tangkapan Vesel Nelayan Asing (VNA) dilaksanakan sepanjang lima tahun pelaksanaan OP NAGA bermula Mei 2019 hingga September 2024.
KD Pendekar berjaya diapung semula - TLDM
Kapal itu diapung pada 4.38 petang menerusi operasi salvaj yang dapat diselesaikan meskipun berhadapan beberapa cabaran.
Kapal LMS Batch II digeruni kekang pencerobohan asing di Laut China Selatan
Tiga LMS dibina mengikut rekaan korvet kelas Ada oleh Savunma Teknolojieri Muhendiskil ini menepati keperluan TLDM melaksanakan pelbagai tugas.