GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kedah sekiranya ada projek yang dilaksanakan di Sungai Muda mengancam bekalan air di Pulau Pinang, kata Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow.
Beliau berkata, mana-mana projek Sungai Muda, Kedah di hulu muka sauk Lahar Tiang Pulau Pinang perlu mematuhi semua undang-undang yang berkaitan dan tidak boleh memberi kesan buruk atau menjejaskan perkhidmatan bekalan air kepada 1.776 juta penduduk di Pulau Pinang.
Pulau Pinang, katanya, telah secara sah mengabstrak air mentah dari Sungai Muda tanpa membayar kepada Kedah sejak 1973.
"Pulau Pinang tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian, memorandum persefahaman atau kontrak untuk membayar kepada Kedah. Sekiranya projek (Menteri Besar Kedah) memberi kesan buruk kepada Pulau Pinang, kita akan bertindak segera untuk menghentikannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Chow berkata, antara pilihan lain yang dipertimbangkan mereka untuk menghentikan projek yang akan memberikan kesan buruk itu termasuk mengemukakan bantahan rasmi kepada kerajaan Persekutuan, membawa isu berkenaan untuk dibahaskan di Parlimen serta memulakan tindakan undang-undang bagi mendapatkan perintah injunksi mahkamah.
"Kami yakin Kedah tidak mempunyai hak dari segi perundangan untuk menuntut apa-apa pembayaran. Inilah sebabnya mengapa kami bersedia untuk berjumpa mereka di mahkamah," tambahnya.
Chow berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor semalam, bahawa kerajaan negeri itu merancang untuk melaksanakan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) untuk menstabilkan permukaan air Sungai Muda pada musim kemarau.
BACA: "Sedut air selut bukan ugutan, cuma amaran awal," kata MB Kedah kepada Pulau Pinang
Katanya, bendungan baharu juga akan dibina untuk menstabilkan paras air Sungai Muda, bagi memastikan pam-pam Syarikat Air Darul Aman (SADA) tidak tergantung, khususnya ketika paras air menurun.
Muhammad Sanusi juga berkata, kerajaan Kedah tidak pernah menutup pintu rundingan dengan Pulau Pinang dalam isu bekalan air, sebaliknya sentiasa mengalu-alukan perbincangan untuk menentukan kadar caj bekalan air mentah yang perlu dibayar.
Sementara itu, Chow berkata, kerajaan negeri akan mengkaji semula projek Bekalan Air Pulau Pinang 2050 (PWSI 2050) yang diusulkan oleh syarikat konsesi air negeri, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP).
Beliau berkata, projek PWSI 2050 pada awalnya berkonsepkan untuk memastikan keselamatan bekalan air untuk Pulau Pinang dalam tempoh 30 tahun akan datang, dengan adanya bekalan air mentah tertentu dari Sungai Muda dan pelaksanaan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWS).
"Kami sekarang akan berusaha untuk melaksanakan lebih banyak projek strategik di bawah PWSI 2050 untuk mengurangkan risiko kemungkinan 'perkara tidak diingini' melibatkan Sungai Muda yang boleh mempengaruhi perkhidmatan bekalan air di Pulau Pinang pada masa akan datang," katanya sambil menambah, bahawa langkah-langkah tersebut mungkin melibatkan alternatif teknologi air dan menanggung kos dan tarif bekalan air yang lebih tinggi. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 25 2021

Menurut Chow Kon Yeow, antara pilihan lain yang dipertimbangkan Pulau Pinang ialah menghentikan projek yang akan memberikan kesan buruk itu termasuk mengemukakan bantahan rasmi kepada kerajaan Persekutuan. - Gambar BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.

Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu
Seorang wanita warga Indonesia mengalami kecederaan parah daripada jari hingga ke pergelangan tangan kanannya selepas tersepit dalam mesin memerah air tebu dalam kejadian di sebuah gerai di Flat Uda.

Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari
Persediaan memudahkan pergerakan pengunjung sempena program sambutan Tahun Baharu Cina (Pai Thee Kong) di Pengkalan Weld.

1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.

Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.

Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.

P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.

TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Antara usaha dilakukan ialah mengadakan kerjasama dengan agensi pelancongan menerusi pakej menarik yang memfokus kepada pelbagai lokasi.

Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.

Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang
Sebuah kereta jenis Mercedes C200 terbakar dalam kejadian di KM 18, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung pada Isnin.