GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menghalang mana-mana pihak yang mahu menganjurkan solat sunat Aidilfitri di kawasan lapang atau terbuka di negeri ini dengan syarat penganjur mesti memastikan keselamatan dan keselesaan para jemaah.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata malah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) juga tiada masalah untuk meluluskan permohonan jika terdapat pihak yang mahu menganjurkan solat di dalam dewan.
"Kita ada masjid-masjid yang selesa untuk tunaikan solat hari raya, kalau ada pihak nak anjurkan (solat di tempat lapang) mereka perlu pastikan keselamatan dan keselesaan jemaah.
"Kemudahan sedia ada di masjid dan surau-surau di negeri ini adalah lebih baik digunakan untuk menunaikan solat hari raya. Lebih baik kalau dianjurkan ditempat-tempat biasa kita gunakan, yang tidak perlu buat lebih persediaan'' katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung terdapat beberapa negeri seperti Perlis yang menggalakkan solat Hari Raya Aidilfitri untuk dilaksanakan di kawasan lapang.
Sementara itu, Ahmad Zakiyuddin, yang juga Yang Dipertua MAINPP, berkata ketika ini masih belum terdapat keperluan untuk melaksanakan solat sunat Istisqa susulan cuaca panas yang dijangka berpanjangan sehingga Ogos ini.
Katanya, solat sunat itu selalunya akan laksanakan ketika musim kemarau panjang, pada masa ini masih diperingkat awal musim panas.
Media sebelum ini melaporkan pada awal bulan ini, kapasiti dua empangan di Pulau Pinang iaitu Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam merosot sehingga kira-kira 50 peratus susulan taburan hujan yang rendah di kawasan berkenaan.
Sehingga 13 April lepas, Empangan Air Itam sebelum ini merekodkan 82.5 peratus dan menurun kepada 49.5 peratus manakala Empangan Teluk Bahang pula daripada 64 peratus kepada 50.7 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023

MAINPP juga tiada masalah untuk meluluskan permohonan jika terdapat pihak yang mahu menganjurkan solat di dalam dewan. - Gambar fail

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Tragedi pagi Syawal: 3 maut, 3 parah dilanggar ketika ke masjid untuk solat Aidilfitri, pemandu positif ganja
Kereta yang dipandu seorang lelaki warga tempatan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan.

Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama jemaah lain di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

PKP: Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri ditetapkan semula di Selangor
Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di Selangor ditetapkan semula, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di seluruh negara mulai esok.

PKP: Solat Tarawih, Aidilfitri di Wilayah Persekutuan dibenarkan - JAWI
Kebenaran yang hanya dilaksanakan di kawasan kariah masing-masing itu turut membenarkan ibadah solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan.

Pahang tidak laksana solat Aidilfitri di masjid
Bagi imam, bilal dan siak boleh melaksanakan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau tertakluk kepada pekeliling dan arahan ditetapkan Jabatan Agama islam Pahang (JAIP).

PKPB: Johor benarkan solat Jumaat dan solat Aidilfitri dengan syarat
Namun ia hanya dihadkan 12 orang jemaah bagi satu-satu masjid.