BUTTERWORTH: Membuat aksi meniarap seperti 'Superman' membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini hari ini.
Polis Pulau Pinang dalam hantaran di Facebooknya memaklumkan tiga penunggang motosikal berusia 17 hingga 21 tahun itu ditahan dan kes mereka disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Semasa operasi itu, pihak polis mendapati kumpulan motosikal tersebut melakukan aksi bersaing sesama sendiri, meniarap seperti 'Superman', zig-zag dan melawan arus yang mana aksi tersebut membahayakan kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.
"Operasi itu dijalankan oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Pulau Pinang bermula jam 1 pagi hingga 6 pagi di kawasan "hotspot" kumpulan mat rempit atau samseng jalanan berlumba," menurut hantaran tersebut.
Dalam operasi itu, polis turut menyita tiga buah motosikal mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mengeluarkan sebanyak 21 saman kerana pelbagai kesalahan jalan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2024

Tiga penunggang motosikal berusia 17 hingga 21 tahun yang ditahan. - Foto PDRM Pulau Pinang

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Pekerja p-hailing buat aksi ala 'Superman' didakwa
Seorang pekerja p-hailing mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh atas kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya di LPT.

Empat lelaki tular buat aksi "Superman" ditahan
Tiga pelajar institusi pengajian tinggi dan seorang pelajar sekolah yang disyaki menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Jambatan Ahmad Shah Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) ditahan hari ini.

Polis siasat video aksi "Superman" sekumpulan penunggang motosikal di LPT 1
Polis sedang menyiasat video tular yang memaparkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal melakukan gaya "superman" sehingga menyebabkan berlaku kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).

Video tular: Dua rakan ditahan, tunggang motosikal secara melulu, bahaya di Lebuhraya PLUS
Kejadian tersebut berlaku pada tengah hari Ahad, dirakam kamera papan pemuka (dashcam) pemandu yang dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Ipoh.

Polis buru penunggang buat aksi 'Superman' di Lebuhraya Utara Selatan
Polis sedang giat mengesan kesemua penunggang motosikal berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Aksi 'Superman', langgar lampu merah, remaja lelaki maut rempuh kereta
Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar lampu isyarat merah dan merempuh sebuah kereta di Lebuhraya Tun Dr. Lim Choong Eu berhampiran Astaka Seagate di Bayan Lepas.

Padah aksi 'zig zag' dan 'Superman', dua remaja diberkas polis
Kedua-dua suspek yang berusia 16 dan 17 tahun itu sebelum itu dikesan melakukan aksi berbahaya di KM 54-53 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan.

52 'mat rempit', penonton ditahan, kena tolak motosikal 4 kilometer
Seramai 52 'mat rempit' yang berkumpul untuk menyaksikan lumba haram di Jalan Yahya Ahmad, Dungun menerima padah selepas disebu polis, malam tadi.