TEMERLOH: Tindakan dua lelaki berusia 17 dan 22 tahun menunggang motosikal dengan melakukan aksi berbahaya iaitu secara 'wheelie' mengundang padah apabila mereka ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada Ahad.
Dua lelaki tersebut dikesan hasil Op Samseng Jalanan di kawasan Lurah Semantan, Jalan Ahmad Shah, Jalan Tun Ismail dan Jalan Pak Sako yang bermula jam 1.30 dan berakhir pada 6 pagi.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Menurutnya, sebanyak 300 buah kenderaan telah diperiksa dalam operasi tersebut.
"Daripada jumlah tersebut, 51 buah motosikal disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur asal.
"Sebanyak 251 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan iaitu kesalahan utama tiada lesen memandu (36)," kata beliau dalam kenyataan pada Ahad.
Ujar beliau, operasi tersebut turut dibantu sepasukan pegawai dan anggota BSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Unit Ronda Bermotosikal (URB) IPD Temerloh, Balai Polis Temerloh dan Mentakab.
"Operasi ini menyasarkan penunggang motosikal kerana terdapat banyak aduan berkaitan salah laku penunggang terutama melibatkan pengubahsuaian ekzos dan lumba haram," jelas Mohd Azhar.
Dalam pada itu, beliau memberitahu operasi itu bertujuan untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan undang-undang serta mendidik pengguna supaya lebih berdisiplin dan berhemah semasa memandu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 09 2023

Polis Temerloh menerusi BSPT melakukan operasi di sekitar beberapa lokasi di Temerloh pada awal pagi Ahad. -Foto Ihsan PDRM
AWANI Pagi: Merancang kewangan 2025: Persiapan raya dan keperluan sekolah
Tahun ini, cabaran besar menanti keluarga apabila musim persekolahan bertembung dengan sambutan Ramadan dan Aidilfitri.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Pasangan remaja mengaku bersalah lakukan aksi 'wheelie'
Sepasang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Khas Trafik Kuantan atas tuduhan melakukan aksi 'wheelie' pada Mac lepas.

Remaja lelaki laku aksi 'wheelie' direman, teman wanita bebas
Remaja lelaki yang menetap di Kampung Balok direman selama empat hari hingga 5 Mei ini.

Padah buat 'wheelie', dua lelaki ditahan
Dua lelaki tersebut dikesan hasil Op Samseng Jalanan di kawasan Lurah Semantan, Jalan Ahmad Shah, Jalan Tun Ismail dan Jalan Pak Sako yang bermula jam 1.30 dan berakhir pada 6 pagi.

Padah aksi 'wheelie', dua remaja ditahan
Dua remaja tersebut dikesan melakukan aksi berbahaya itu ketika pasukan Skuad 42 IPK Terengganu membuat risikan dan pemantauan.

Remaja buat aksi 'wheelie' ditahan polis
Remaja yang berusia 19 tahun itu ditahan di rumahnya di Tumpat, Kelantan kira-kira jam 7.05 petang pada Isnin.

Pelajar antara lima ditahan buat aksi 'wheelie'
Semua tangkapan dan motosikal masing-masing di bawa ke Balai Trafik Port Dickson bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

Lokasi 'mat rempit' berlumba diserbu, 4 remaja ditahan
Kesemua mereka yang berusia 15 hingga 17 tahun itu diberkas di susur keluar Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) Bukit Payong-Telemong, Marang pada Khamis.

Wanita buat aksi 'wheelie' ditahan polis
Wanita berusia 21 tahun tersebut dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di rumah masing-masing di Jalan Pantai.

'Ingat Allah, ajak kawan imarahkan masjid' - Kaki wheelie ditegur nazir
Melalui video yang berdurasi satu minit itu telah mendapat 226,346 views sehingga jam 4 petang tadi.