NILAI: Pemilik akaun Twitter 'No War But Class War’ yang menciap status mengenai berita palsu kompaun raya di Nilai Impian, telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk memberi keterangan pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata keterangan suspek yang berusia 42 tahun itu telah diambil untuk tindakan lanjut siasatan.
Katanya, turut dirampas adalah gajet milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik status di media sosialnya pada 13 Mei lalu.
BACA: Kompaun raya: Polis siasat pemilik akaun Twitter disyaki sebar berita palsu
"Keterangan suspek telah diambil dan siasatan masih dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Nilai.
"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang menyebabkan kegentaran awam, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (no.2) 2021 kerana menyebarkan berita tidak benar," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Tambahnya, kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.
Suspek yang merupakan seorang pengurus syarikat penerbitan buku di Bandar Baru Bangi, kini dilepaskan dengan ikat jamin polis.
Pada Khamis lalu, tular gambar di Twitter yang memaparkan pemilik akaun ‘No War But Class War’ menaik status ‘Area Rumah Aku Nilai Impian. Tuan Rumah RM25K, Tetamu RM5K.
Polis kemudiannya menafikan penularan gambar yang tular di media sosial itu berhubung pelaksanaan operasi pihak polis yang mengenakan kompaun sebanyak RM30,000 kepada orang awam atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021.
Gambar tersebut sebaliknya merupakan gambar pemeriksaan rumah ke rumah pada hari raya pertama Aidilfitri di kawasan perumahan di Nilai Impian, Nilai.
Jelasnya, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan di laman sosial bagi mengelakkan tindakan undang-undang.
Artikel asal di Sinar Harian: Padah sebar berita palsu 'Tuan Rumah RM25K, Tetamu RM5K'
Sinar Harian
Mon May 17 2021

Pemilik akaun Twitter 'No War But Class War yang menciap status mengenai berita palsu kompaun raya di Nilai Impian, telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk beri keterangan. -Foto tular

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Padah sebar berita palsu 'Tuan Rumah RM25K, Tetamu RM5K'
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata keterangan suspek yang berusia 42 tahun itu telah diambil untuk tindakan lanjut siasatan.

Hina Nabi, polis tahan 'Alvin Chow'
Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Sekseyn 505 (c) kanun keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.