PUTRAJAYA: Tindakan seorang wanita memuat naik kata-kata kesat dan berunsur ugutan ditujukan kepada petugas sekatan jalan raya (SJR) di laman sosial Facebook miliknya mengundang padah apabila suspek diberkas polis pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata suspek yang menggunakan nama Diana Mat itu menujukan kata-kata tersebut kepada petugas SJR di Putrajaya.
"Antara yang ditulis wanita tersebut di akaun media sosialnya adalah 'aku pusing balik rempuh korang' dan 'kau dengan penjenayah sama je'.
"Siasatan awal mendapati sebelum laporan polis dibuat telah tular beberapa tangkap layar (screenshot) di media sosial hantaran pengguna Facebook tersebut dengan menggunakan perkatan kesat dan berunsur ugutan kepada pihak polis," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Katanya, suspek yang merupakan pemilik akaun Facebook berkenaan ditahan kira-kira jam 9 malam.
"Polis telah merampas peranti berupa telefon bimbit milik wanita tersebut yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran di Facebooknya.
"Suspek akan dibawa ke hadapan Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah tahanan reman di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi meneruskan siasatan," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan (menakutkan secara jenayah), Seksyen 504 Kanun Keseksaan (mengaibkan dengan niat hendak mendatangkan bangkitan marah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (menggunakan perkhidmatan rangkaian dan komunikasi secara tidak wajar).
"Pengguna media sosial yang lain dinasihatkan agar berhati-hati semasa mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang ataupun jabatan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Padah ugut nak rempuh SJR, hina polis
Sinar Harian
Fri May 07 2021

Tindakan seorang wanita memuat naik kata-kata kesat dan berunsur ugutan ditujukan kepada petugas sekatan jalan raya (SJR) di laman sosial Facebook miliknya mengundang padah apabila suspek diberkas polis pada Khamis. -Gambar hiasan

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Polis buru pemandu, penumpang MPV rempuh SJR, palang tol
Polis sedang memburu pemandu dan seorang penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang melanggar beberapa sekatan jalan raya (SJR) sekitar Sepang, dan palang tol Lebuhraya

Jurutera kilang mabuk rempuh SJR ditahan polis
Seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk telah merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Besar Simpang Ampat dekat Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Warga emas rempuh SJR ditahan
Hasil soal siasat awal, lelaki yang bekerja sebagai petani itu mempunyai masalah rabun akibat selaput pada bahagian mata.

Pemandu mabuk rempuh SJR ditahan
Lelaki itu telah melanggar kon keselamatan pertama yang dipasang dan diseret hingga sampai ke tepi khemah petugas keselamatan.

Padah ugut rempuh SJR, wanita hina polis ditahan
Suspek yang menggunakan nama Diana Mat itu menujukan kata-kata tersebut kepada petugas SJR di Putrajaya.

Dua lelaki bawa 415kg daun ketum nekad rempuh SJR sebelum ditahan
Dua lelaki bertindak nekad merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Batu 6, Batu Melintang, Jeli ketika dikejar polis akhirnya membawa padah selepas berjaya ditahan bersama 415 kilogram daun ketum