KUALA LUMPUR: Aksi berbahaya ala 'wheelie' seorang penunggang motosikal dipercayai dilihat di beberapa lokasi sekitar ibu kota dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) akhirnya memakan diri apabila dia ditahan semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan pada 7 malam semalam selepas aksi videonya tular di media sosial Khamis lepas.
"Semakan mendapati individu berkenaan pernah ditahan kerana melakukan kesalahan sama mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan 1987 pada 2018 dan dikenakan hukuman perintah khidmat masyarakat selama 12 bulan selain lesen memandu digantung selama dua tahun.
"Lelaki itu ditahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya. Motosikal serta pakaian yang digunakan dalam video itu turut disita untuk siasatan lanjut," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata individu yang merakam video itu masih dikesan dan akan disiasat kerana bersubahat mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana- mana balai polis berhampiran.
Dalam perkembangan lain, di Bandar Sunway, Subang Jaya polis akan menjalankan siasatan terperinci susulan aduan seorang pengurus sebuah restoran yang tidak berpuas hati apabila pekerjanya didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) petang semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata pemeriksaan awal di restoran itu mendapati seorang lelaki sedang makan dan memakai pakaian biasa disyaki pelanggan.
"Memandangkan lelaki tersebut warganegara asing, dia perlu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk dibuat laporan tindakan kompaun.
"Siasatan terperinci akan dijalankan dan tindakan yang sewajarnya dari sudut tatatertib sekiranya wujud pelanggaran salah laku oleh anggota berkenaan akan dilakukan," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Terdahulu, tular kenyataan seorang pengurus restoran tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis mengenakan kompaun terhadap pekerjanya yang tidak memakai pakaian seragam ketika makan di premis itu kerana disangkakan pelanggan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 17 2021

Semakan mendapati individu berkenaan pernah ditahan kerana melakukan kesalahan sama pada 2018. - Foto Sinar Harian/media sosial

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

Polis buru dua penunggang buat aksi 'wheelie'
Rakaman itu turut memaparkan seorang daripada individu berkenaan turut berdiri di atas motosikal dengan sebelah kakinya.

Pasangan kekasih lakukan aksi 'wheelie' di Kuantan diberkas
Pasangan remaja yang kedua-duanya berusia 17 tahun itu, ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuantan.

Remaja mengaku salah buat aksi 'wheelie' bersama isteri berusia 16 tahun
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas tuduhan melakukan aksi 'wheelie' semasa menunggang motosikal pada 1 Syawal lalu.

Suami isteri ditahan bantu siasatan aksi 'wheelie'
Pasangan itu hadir ke IPD Kota Bharu dan kemudian ditahan Unit 42 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bagi membantu siasatan.

Polis cari penunggang buat aksi 'wheelie' pakai baju Melayu di Kota Bharu
Polis giat mengesan penunggang motosikal yang melakukan aksi 'wheelie' sambil membonceng seorang wanita.

Lelaki bawa budak buat aksi 'wheelie' ditahan
Siasatan awal mendapati aksi menunggang motosikal secara berbahaya itu telah dibuat di Jalan Bukit Impian 1, Taman Impian Emas.

Padah ulang kesalahan aksi 'wheelie,' lelaki ditahan kali kedua
Semakan mendapati individu berkenaan pernah ditahan kerana melakukan kesalahan sama pada 2018.

Tunggang motosikal secara bahaya: Pertuduhan ditarik balik
Pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap Muhamad Azrul Mat Ali, 20, selepas ibunya memberitahu anaknya meninggal dunia pada 2 Ogos lepas.

Tunggang motosikal aksi 'Superman' dan 'wheelie', dua remaja dipenjara, didenda
Perbuatan itu dilakukan di Jalan Raja Laut di sini di antara 12.30 tengah malam dan 12.35 tengah malam pada 8 Jun lepas.