KUALA LUMPUR: Pengumpulan data menerusi Pangkalan Data Utama (PADU) akan membantu kerajaan lebih memahami kesejahteraan isi rumah, walaupun keutamaannya untuk mengenal pasti penerima program bantuan yang layak sebagai sebahagian usaha untuk menamatkan bantuan menyeluruh.
Menurut penyelidikan oleh MIDF Amanah Investment Bank Bhd, pangkalan data PADU akan digunakan untuk mencipta sumber rujukan baharu bagi lembaran imbangan isi rumah, berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan diisytiharkan.
Kriteria kelayakan juga boleh diperhalusi dengan mempertimbangkan maklumat lain seperti saiz isi rumah serta komitmen dan beban kewangan sedia ada seperti gadai janji, pinjaman peribadi, pinjaman pendidikan dan perbelanjaan bulanan untuk pendidikan anak-anak, jelasnya.
"Penjadualan isi rumah berdasarkan lokaliti dan pekerjaan juga akan memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai tahap tekanan mengikut tahap pendapatan serta kawasan (dengan kos sara hidup yang berbeza dan kemudahan asas).
"PADU juga akan membantu kerajaan mengenal pasti kawasan atau pekerjaan yang kurang diberi perkhidmatan tetapi memerlukan perhatian segera," menurut penyelidikan MIDF dalam nota penyelidikan pada Khamis.
Walaupun sesetengah pihak membangkitkan kebimbangan mengenai keselamatan maklumat, bank pelaburan itu yakin terdapat ruang untuk penambahbaikan dari segi kedalaman dan skop pengumpulan data.
MIDF memaklumkan bahawa dari segi perbelanjaan, lebih banyak data boleh dikumpul seperti anggaran perbelanjaan bagi bahan api dan perkhidmatan pengangkutan.
Walaupun jarak rumah ke pejabat mungkin menentukan kos bahan api untuk perjalanan namun, perbelanjaan sebenar mungkin berbeza bergantung pada mod perjalanan, kekerapan dan jenis pekerjaan, tambahnya.
"Dari segi pendapatan, kami berpendapat gabungan pendapatan sewa rumah dan kereta boleh diasingkan. Pengasingan ini akan berguna untuk mengetahui sama ada aset tersebut menjana pulangan sewa yang positif atau negatif," menurutnya.
Mengenai langkah subsidi bahan api bersasar, penyeldikan oleh MIDF menjangkakan beberapa senario, pertama, untuk RON95 kekal status quo; atau meningkat sebanyak lima sen setiap bulan mulai Jun 2024; atau meningkat sebanyak 35 sen sekali sahaja pada Jun 2024; atau ditetapkan pada harga pasaran pada Jun 2024.
Dari 2017 hingga awal 2018, kerajaan melaksanakan mekanisme harga bahan api terapung terurus dengan harga ditetapkan setiap minggu.
"Kami berpendapat bahawa kerajaan mungkin mempertimbangkan aliran harga bahan api selepas 2010 dalam menentukan mekanisme terbaik untuk separuh kedua 2024," jelasnya.
Penyelidikan oleh MIDF juga berpandangan walaupun rasionalisasi subsidi bertujuan meningkatkan kedudukan fiskal kerajaan namun pihaknya yakin kerajaan akan kekal berhati-hati dalam pendekatannya untuk melaraskan peruntukan subsidi serta menaikkan harga bahan api domestik.
Akhirnya, kerajaan akan terus memastikan lebih banyak sokongan diberikan kepada rakyat yang memerlukan, menurutnya.
"Rasionalisasi perbelanjaan subsidi bukan bertujuan mengurangkan sokongan kepada rakyat tetapi untuk menamatkan bantuan secara menyeluruh yang sebelum ini turut dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi," tegasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024

Data PADU akan digunakan untuk mencipta sumber rujukan baharu bagi lembaran imbangan isi rumah, berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan diisytiharkan.
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

LUAS laksanakan mitigasi, siasatan pencemaran minyak di Sungai Gong
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah melaksanakan langkah pencegahan awal dengan meletakkan 'boom minyak' di Sungai Gong bagi memerangkap kesan minyak.

Pengeluaran minyak mentah dan kondensat meningkat semula 1.3 peratus pada suku kedua
Pengeluaran minyak mentah dan kondensat Malaysia meningkat semula kepada pertumbuhan 1.3 peratus, mencatatkan 46.1 juta tong pada suku kedua 2024.

Rakyat diseru sahut inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang - Saarani
Rakyat Perak diminta menyahut inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang bagi mengembangkan semangat jati diri dan cintakan negara.

PRK DUN Nenggiri: Mohd Azmawi FIkri calon tepat rampas semula kerusi
Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang ditampilkan UMNO-BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, berkemampuan untuk merampas kembali DUN berkenaan.

Malaysia dalam kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS - MIDF Amanah
Di bawah NETR, Malaysia sasar tubuhkan tiga hab CCUS menjelang 2030 dengan kapasiti penyimpanan bersama sehingga 15 juta tan metrik setahun.

Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi
Kerajaan akan menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi pelbagai keperluan fungsian yang dibangunkan oleh pelbagai agensi.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.62 mata kepada 1,607.75 daripada 1,606.13 pada Selasa.

HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.

Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

PADU tingkatkan pemahaman kerajaan terhadap kesejahteraan isi rumah - Penyelidikan MIDF
Pengumpulan data menerusi Pangkalan Data Utama (PADU) akan membantu kerajaan lebih memahami kesejahteraan isi rumah