KUANTAN: Pahang merancang membangunkan Bandar Aeroangkasa di kawasan seluas 5,042 hektar di Gebeng, di sini bermula tahun depan dan dijangka beroperasi pada 2026.
Menteri Besarnya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata projek berimpak tinggi itu akan turut melibatkan pemindahan lapangan terbang sedia ada ke kawasan baharu dan seterusnya menyokong Rancangan Fizikal Negara ke-3 iaitu sebagai bandar pembangunan transit nasional (udara, darat dan laut) secara bersepadu di kawasan berkenaan.
Beliau berkata projek tersebut juga, apabila siap kelak, akan menyediakan sebuah lapangan terbang antarabangsa dan juga hab perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan pesawat (MRO) yang bertaraf dunia.
Menurutnya, nilai pasaran MRO bagi kawasan Asia Pasifik untuk tempoh 20 tahun akan datang dianggar berjumlah RM15 trilion, dan dengan pembukaan bandar itu, Pahang dijangka memperoleh satu peratus atau RM150 bilion untuk tempoh 20 tahun, atau RM7.5 bilion setahun daripada nilai pasaran MRO Asia Pasifik.
"Projek berkenaan akan dilaksanakan secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) secara bersama Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (S-GLC) iaitu Pahang Corporation Sdn Bhd (PahangCorp)," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau terdahulu menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman di antara Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Pahang yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan PahangCorp oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Khusaini Harumaini.
Selain itu, Wan Rosdy berkata Bandar Aeroangkasa tersebut juga akan menyediakan tapak perindustrian berkaitan penerbangan yang mampu menarik minat syarikat-syarikat besar dalam industri pembinaan pesawat dan komponen pesawat.
Pembinaan Bandar Aeroangkasa ini katanya, turut mengambil kira faktor hab ekonomi yang lain kerana ia terletak berhampiran kawasan industri Gebeng, Pelabuhan Kuantan dan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) selain menjadi pintu masuk utama ke negeri pantai timur.
Ia juga turut akan menyediakan 50,000 peluang pekerjaan sama ada melibatkan sektor penerbangan atau bukan penerbangan, katanya.
"Saya berharap perancangan untuk mewujudkan Bandar Aeroangkasa Pahang akan menjadikan negeri ini sebagai pilihan utama pelabur untuk melabur di negara ini berdasarkan kepada perkhidmatan yang disediakan nanti selain faktor geo-ekonomi yang strategik di pantai timur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 01 2021

Wan Rosdy berkata, dengan pembukaan bandar itu, Pahang dijangka memperoleh satu peratus atau RM150 bilion untuk tempoh 20 tahun, atau RM7.5 bilion setahun, daripada nilai pasaran MRO Asia Pasifik. - Gambar fail

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Warga Perancis bergelang merah jambu di LTAB Langkawi negatif COVID-19 - Polis
Saringan pertama ke atas seorang lelaki warga Perancis yang dikesan memakai gelang berwarna merah jambu di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Langkawi, petang tadi, negatif COVID-19.

Majikan gagal pastikan kesihatan pekerja terjaga boleh didenda
Majikan disaran menjalankan penilaian risiko dan menambah baik prosedur kerja bagi mengelak jangkitan virus dalam kalangan pekerja.

PIA bakal miliki terminal tambang rendah - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini juga susulan hasil perbincangan yang positif di antara Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan AirAsia.

Malaysia Airlines pindah operasi di Lapangan Terbang Soekarno Hatta mulai 9 April
Penumpang diminta memberikan perhatian terhadap maklumat yang dicetak pada tiket sewaktu hendak berlepas.

Taktik sorok dadah dalam bagasi penumpang gagal di Brazil
Taktik sorok dadah dalam bagasi penumpang menerusi penerbangan menuju ke Eropah berjaya digagalkan pihak berkuasa Brazil.

Pulau Pinang perlukan landasan kedua - Lim
Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini mengulangi bahawa Pulau Pinang memerlukan landasan kedua dan mempunyai cukup tanah untuk membina landasan tambahan.

BN P. Pinang bercanggah tentang pembinaan lapangan terbang di Kedah - Guan Eng
Dua parti komponen Barisan Nasional Pulau Pinang, UMNO dan Gerakan didakwa berterusan mempunyai pandangan yang berbeza.