KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menubuhkan Pasukan Khas Elit Penguat Kuasa Negeri Pahang bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti penerokaan tanah secara haram di negeri ini.
Pasukan khas di bawah Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) itu disertai 20 anggota berusia di bawah 35 tahun.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, melalui pasukan itu, aktiviti penguatkuasaan ke atas kawasan yang diteroka haram di negeri ini dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.
Menurutnya, usaha membendung kegiatan penerokaan tanah secara haram negeri ini agak sukar dan ia terus berlaku hingga mendatangkan kerugian kepada kerajaan negeri.
"Kegiatan itu terus berlaku dan memberikan gambaran seolah-olah kerajaan negeri gagal membendungnya.
"Melalui pasukan khas yang terlatih ini, kami berharap kes penerokaan tanah secara haram dapat ditangani dengan lebih berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Kursus Pasukan Khas Elit Penguat Kuasa Negeri Pahang di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Galing di sini semalam.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak; Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dan Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner, Hassan Basri Ahmad Safar.
Wan Rosdy berkata, anggaran implikasi kewangan bagi penubuhan pasukan itu mencecah RM2.9 juta setahun termasuk bayaran emolumen, keperluan pejabat, aset dan kelengkapan diri anggota.
"Peruntukan ini agak tinggi namun ia bukti komitmen tinggi kerajaan negeri dalam menangani kes penerokaan tanah secara haram di negeri ini," katanya.
Mengulas berhubung pasukan tersebut, beliau berkata, 20 anggota pasukan yang terpilih itu bukan bekas anggota mana-mana pasukan keselamatan, namun mereka diberikan latihan intensif menerusi kursus selama sebulan.
"Pemegang diploma ini perlu melepasi saringan kecergasan, ujian fizikal, tapisan keselamatan, tapisan insolvensi dan ujian personaliti sebelum dipilih menjalani latihan.
"Mereka juga wajib melepasi latihan asas kepolisan merangkumi latihan fizikal, latihan penggunaan senjata api dan latihan lain yang diperlukan," katanya.
Wan Rosdy berkata, pasukan itu diumpamakan sebagai 'pasukan komando' dan peranannya tidak bertindih dengan UPNP, katanya.
Tambah beliau, anggota pasukan itu juga diberi kuasa memegang dan menggunakan senjata api.
Artikel asal di Sinar Harian: Pahang tubuh pasukan khas tangani penerokaan tanah secara haram
Sinar Harian
Fri Oct 29 2021

Wan Rosdy (depan, tengah) dan tetamu jemputan bergambar bersama anggota Pasukan Khas Elit Penguat Kuasa Negeri Pahang pada Perasmian Penutup Kursus Pasukan khas itu di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Galing, pada Jumaat. - Foto Sinar Harian

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Anak syarikat AZRB terima projek bina jambatan bernilai RM63.5 juta
Ia satu lagi pencapaian penting kumpulan selain merupakan bukti rekod prestasi cemerlang AZRB dalam menyiapkan projek seumpamanya.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.

Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.

Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.

Guru pondok di Pahang terima imbuhan RM1,000
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan memberikan imbuhan khas RM1,000 kepada setiap guru pondok di negeri itu membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM650,000.