Kakitangan kerajaan di bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang digemparkan dengan kejadian lantai bangunan di tingkat 61 dilimpahi air berikutan paip pecah di bangunan itu pada tengah hari Jumaat.
Ekoran kejadian itu, semua pekerja di tingkat berkenaan diminta supaya mengosongkan sementara kawasan berkenaan sehingga kerja-kerja pembaikan dilakukan.
Difahamkan kejadian sekitar pukul 12.25 tengah hari itu berlaku ketika pihak pengurusan bangunan Komtar iaitu, PDC Setia Urus Sdn Bhd sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaran di tingkat berkenaan.
Video air melimpah dari bangunan Komtar menuruni tangga itu mula tular di laman sosial sebaik kejadian berkenaan berlaku.
Bagaimanapun, keadaan dilaporkan terkawal dan pihak pengurusan sedang membaiki paip pecah tersebut.
Sementara itu, PDC dalam kenyataannya memaklumkan, kejadian berlaku ketika kontraktor yang dilantik pihaknya sedang menjalankan kerja penggantian sistem kebakaran di tingkat 61.
Secara tidak sengaja, kontraktor berkenaan telah membuka penutup paip tanpa menutup bekalan air utama terlebih dahulu menyebabkan air meledak dan paip pecah.
Kenyataan itu berkata, tekanan yang kuat menyebabkan paip pecah dan air melimpah menuruni tangga ke tingkat bawah.
Jesteru, sebagai langkah berjaga jaga pihak pengurusan telah menutup semua suis utama termasuk lif di bahagian tinggi bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Keadaan juga, kata kenyataan itu, kembali pulih sekitar pukul 2 petang tadi.
Semua kakitangan kembali ke pejabat masing-masing sementara premis perniagaan kembali beroperasi seperti biasa.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Nov 22 2019

Kejadian paip pecah menyebabkan air melimpah dari bangunan Komtar menuruni tangga bagaimanapun berjaya dikawal oleh kontraktor yang dilantik oleh kerajaan negeri.

PM Anwar bidas pihak nasihat beliau 'jangan berjalan banyak sangat'
Beliau menjelaskan bahawa Malaysia memerlukan pelaburan untuk menyelesaikan masalah pekerjaan dan meningkatkan keupayaan ekonomi negara serta rakyatnya.

Dua maut akibat mesin meletup, JKKP keluar notis larangan kerja
Larangan berkaitan aktiviti kerja di mesin centrifugation serta pengoperasian di seluruh lokasi kemalangan di kilang terbabit berkuat kuasa sehingga siasatan selesai.
Lelaki Israel dihukum penjara tujuh tahun
Lelaki warga Israel, Avitan Shalom dihukum penjara maksimum tujuh tahun oleh Mahkamah Kompleks Penjara Kajang Rabu atas dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan enam senjata api tahun lalu.
28 Mei pindah kes ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Rabu menetapkan 28 Mei sebagai tarikh pemindahan kes seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Muhammad Alif Monjani, ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Beliau didakwa atas pertuduhan membunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
[TERKINI] Mayat Hud Aryan ditemui, tujuh kilometer dari rumah
Mayat terbabit ditemui selepas 45 jam kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang dengan lokasi penemuan kira-kira tujuh kilometer dari rumah keluarga mangsa.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Penetapan harga tersebut adalah berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

Mayat Hud ditemui, dihanyutkan 7km dari rumah
Kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, yang hilang dari rumahnya di Kampung Aira Kuala Tiga, sejak Isnin lalu, ditemui meninggal dunia tersangkut pada pokok di muara sungai.

Suspek OKU mental tetak bapa ditahan
Semasa tangkapan dibuat, senjata yang dipercayai digunakan pada hari kejadian (tetak) tiada dalam simpanan suspek.
AWANI Ringkas: Lelaki Israel dipenjara tujuh tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

50 peratus daripada 5,000 sampel beras import dicampur beras putih tempatan
Kajian menggunakan teknologi pencapjarian asid deoksiribonukleik (DNA) yang boleh membezakan antara beras putih tempatan dan import.

Banjir kilat: Penduduk harap kerja pendalaman Sungai Skudai disegerakan
Banjir kilat sering berlaku di kawasan itu sekurang-kurangnya dua kali setahun akibat paras sungai yang meningkat dengan cepat apabila hujan lebat.

Bandar Bentong dilanda banjir kilat
Hujan lebat sejak pukul 5 petang tadi mengakibatkan bandar Bentong termasuk beberapa buah kampung berhampiran, dilanda banjir kilat malam ini.

Paip pecah: Air melimpah dari tingkat 61 Komtar
Paip pecah di tingkat 61 bangunan Komtar di George Town, Pulau Pinang pada tengah hari Jumaat mencetuskan panik

Banjir kilat di Batu Gajah, empat keluarga dipindahkan
Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kinta, hujan lebat pada sebelah petang menyebabkan air Sungai Bangkong melimpah ke kawasan kediaman mereka.

Itu bukan tanah runtuhlah... - Bomba
Kerja-kerja pembersihan laluan itu dilakukan sebelum lalu lintas dibuka semula kepada pengguna.