Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa mana-mana individu yang memakai gelang merah jambu gara-gara untuk tujuan gurauan (prank) boleh dianggap melakukan kesalahan.
Ismail Sabri berkata individu berkenaan membuat kesalahan kerana mempunyai niat untuk menipu orang ramai.
“Terdapat dua kesalahan. Pertama, jika dia benar-benar dikuarantin dan memakai gelang ‘pink’ untuk keluar, tentunya dia dikenakan tindakan.
“Kalau tidak dikenakan kuarantin tetapi (semata-mata hanya) memakai gelang tersebut, dia juga menipu kerana menggunakan bahan atau peralatan Kementerian Kesihatan untuk tujuan menipu orang ramai.
“Dia salah... (kerana) melakukan kesalahan tersebut,” katanya pada sidang media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Selasa.
Katanya lagi, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab itu.
“Terserah kepada polis untuk ambil tindakan. Kami perlu bertanggungjawab.
“Jangan kita jadikan perkara ini sebagai bahan mainan atau ketawa. Ini melibatkan isu nyawa, isu yang besar.
"Jadi, jangan menganggap ini perkara yang boleh dibuat lawak, dimain-mainkan kerana kesannya adalah amat besar," katanya.
Tegasnya lagi, isu berhubung wabak COVID-19 perlu diambil serius dan bukannya perkara yang boleh dijadikan gurauan.
Pada 15 September lalu, seorang influencer memuat naik video yang menunjukkan dia memakai gelang ‘pink’ tatkala makan di sebuah restoran.
Video berkenaan menimbulkan kontroversi dan menerima kecaman hebat daripada netizen di media sosial.
Pada Ahad lalu, individu tersebut memohon maaf menerusi satu muat naik di laman Instagram peribadinya.
Isabelle Leong
Tue Sep 22 2020

Memakai gelang kuarantin (merah jambu) semata-mata untuk tujuan bergurau atau berjenaka adalah sangat tidak diterima dalam tempoh pandemik ini. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pakai 'gelang pink' untuk 'prank'? Kerajaan serah kepada polis - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab itu.