RAMAI yang masih keliru mengenai pakar psikiatri, pegawai psikologi dan kaunselor serta sering tertukar mengenai peranan kerjaya ini.
Tidak dinafikan bahawa semua profesi ini terlibat dalam merawat isu kesihatan mental serta memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap emosi, pemikiran serta tingkah laku tetapi sebenarnya mereka mempunyai peranan yang berbeza.
Adalah penting untuk mengenal pasti tugas sebenar mereka supaya individu yang mengalami masalah penyakit mental tahu ke mana harus mereka dapatkan rawatan yang sewajarnya.
Secara keseluruhannya, terdapat kira-kira 360 orang pakar psikiatri di seluruh negara sama ada di sektor awam, swasta serta universiti sehingga tahun 2016 dan kira kira 33 orang pegawai psikologi klinikal yang berkhidmat di sektor awam seluruh negara pada tahun 2019.
Kauselor pula mempunyai jumlah yang paling ramai di mana terdapat 8,039 orang kaunselor yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia pada tahun 2018.
Di Kementerian Kesihatan Malaysia, perjawatan pegawai psikologi terbahagi kepada tiga kategori iaitu pegawai psikologi klinikal, pegawai psikologi umum dan kaunselor. Setiap satunya mempunyai latar belakang pendidikan serta latihan yang berbeza.
Pegawai psikologi klinikal merupakan pegawai yang terlibat secara langsung dalam perawatan pesakit mental dan sering bekerjasama dengan pakar psikiatri dalam merawat pesakit secara holistik.
Mereka ditempatkan di bawah Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental serta kebanyakannya cuma ada di hospital negeri.
Pegawai psikologi umum pula tidak terlibat dalam perawatan pesakit dan biasanya mereka di tempatkan di bahagian pengurusan. Mereka mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi serta tiada pendedahan klinikal.
Kaunselor pula terlibat dalam menjalankan intervensi kaunseling kepada populasi yang sihat di mana ia bertujuan untuk mencegah penyakit mental, menguruskan cabaran dalam hidup serta mengekalkan kesejahteraan diri.
Ini bermaksud kaunseling memberi fokus kepada mereka yang sihat serta tidak mempunyai penyakit mental. Kaunselor mempunyai kelulusan Sarjana Muda Kaunseling serta tidak semestinya mempunyai latar belakang pendidikan sains.
Jadi, adalah agak jelas bahawa untuk perawatan pesakit psikiatri atau penyakit mental, pakar psikiatri dan pegawai psikologi klinikal merupakan perawat yang utama. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memahami perbezaan antara keduanya.
Antara perbezaan yang utama adalah:
1) Pakar psikiatri merupakan doktor perubatan, manakala pegawai psikologi klinikal tidak mempunyai kelulusan bidang perubatan. Untuk menjadi pakar psikiatri, seseorang itu haruslah mendapatkan Ijazah Sarjana Perubatan terlebih dahulu yang biasanya mengambil masa selama lima tahun.
Selepas menjalankan tempoh perkhidmatan sebagai pegawai perubatan siswazah dan pegawai perubatan, seseorang itu boleh menyambung pelajaran dalam bidang kepakaran psikiatri bagi membolehkannya menjadi pakar psikiatri. Secara purata, pengajian kepakaran ini mengambil masa kira-kira empat tahun.
Pegawai psikologi klinikal pula mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan Ijazah Sarjana (Master) Psikologi. Ada juga pegawai psikologi yang mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Mereka yang mempunyai kelulusan PhD ini dipanggil 'Dr' tetapi bukanlah doktor perubatan. Mereka turut menerima latihan dan penyeliaan dalam diagnosa serta perawatan penyakit mental secara klinikal sekurang-kurangnya dua tahun.
2) Pakar psikiatri boleh memberikan preskripsi ubatan kepada pesakit manakala pegawai piskologi tidak boleh berbuat demikian.
3) Pakar psikiatri membuat diagnosa penyakit serta merancang pelbagai pelan perawatan komprehensif untuk penyakit mental yang serius termasuk ubatan, psikoterapi serta rawatan elektrokonvulsif.
Pegawai psikologi klinikal pula memberi fokus kepada rawatan psikoterapi. Dalam aspek terapi, pegawai psikologi klinikal mensasarkan tiga matlamat utama iaitu membantu pesakit sedar dan memahami punca terjadinya masalah, membantu pesakit belajar teknik dan strategi untuk menghadapi masalah tersebut serta meningkatkan kekuatan dalaman dan membantu memperkasakan diri untuk mengelakkan dari berlakunya relaps.
4) Pakar psikiatri merawat penyakit mental yang lebih teruk tahapnya (Severe mental illness) berbanding pegawai piskologi klinikal. Antara jenis penyakit mental tersebut adalah Schizophrenia, Bipolar Disorder serta kemurungan yang teruk.
Bagaimanapun, kemurungan pada peringkat ringan dan sederhana masih boleh dikendalikan oleh pegawai psikologi klinikal melalui intervensi psikoterapi. Kaedah intervensi psikoterapi ini merupakan satu kaedah perawatan yang berkesan serta mendapat tempat dalam pelbagai garis panduan perawatan penyakit mental.
Namun demikian, ada juga kes di mana perawatan psikoterapi sahaja tidak memadai dan memerlukan kombinasi dengan ubatan.
Antara masalah kesihatan mental yang dikendalikan oleh pegawai psikologi klinikal di Malaysia adalah seperti berikut:
a) Masalah berkaitan dengan tekanan, kerunsingan dan keresahan
b) Kecelaruan tabiat (Habit Disorders)
c) Masalah pembelajaran, pekerjaan dan kesukaran membuat keputusan
d) Masalah interpersonal - masalah sosial, pasangan dan perkahwinan
e) Masalah penyesuaian (Adjustment) psikososial terhadap penyakit dan aspek penting dalam kehidupan
f) Masalah tingkah laku
g) Masalah kognitif
h) Kecelaruan emosi
5) Pegawai psikologi klinikal boleh menjalankan penilaian psikologi dan psikometrik yang digunakan untuk membantu membuat sesuatu diagnosis atau intervensi. Antara penilaian tersebut adalah penilaian keupayaan intelek (IQ), ujian personaliti serta penilaian tingkah laku dan emosi.
Penilaian ini memerlukan latihan, kemahiran, alatan serta lesen yang khusus. Penilaian ini tidak boleh dilakukan oleh pakar psikiatri kerana mereka tidak dilatih untuk membuat kesemua penilaian ini.
Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan yang bersesuaian?
Di sektor kerajaan, seseorang itu perlu mendapatkan penilaian terlebih dahulu daripada pegawai perubatan sama ada di klinik kesihatan atau klinik swasta.
Saringan akan dilakukan untuk mengetahui sama ada seseorang individu itu mengalami masalah penyakit mental. Pegawai perubatan ini akan membuat rujukan kepada pakar psikiatri untuk penilaian secara menyeluruh serta pengesahan diagnosis.
Rujukan kepada pegawai psikologi klinikal adalah melalui pakar psikiatri di mana antara faktor-faktor yang akan dipertimbangkan untuk mendapatkan perkhidmatan pegawai piskologi klinikal adalah tahap keterukan, isu-isu psikososial, keperluan penilaian psikometrik serta kesesuaian intervensi psikoterapi.
Walaupun kaunseling tidak mempunyai peranan dalam perawatan penyakit mental kerana ia memberi fokus kepada populasi sihat, ia tetap berperanan penting dalam membantu mencegah penyakit mental, menguruskan tekanan serta mengekalkan kesejahteraan diri seseorang individu.
Perkhidmatan kaunseling ada disediakan di pelbagai agensi dan jabatan. Majikan boleh merujuk seseorang individu yang mengalami tekanan atau cabaran hidup untuk mendapatkan kaunseling tanpa perlu mendapatkan penilaian dari pegawai perubatan.
Walaupun demikian, apabila terdapat gejala penyakit mental, maka seseorang itu haruslah mendapatkan penilaian yang sewajarnya serta dirujuk kepada pakar psikitari atau pegawai psikologi klinikal untuk rawatan lanjut.
Penghargaan kepada:
1) Dr Nooraini Darus, Ketua Perkhidmatan Psikologi Klinikal, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Kuala Lumpur
2) Aida Farhana Suhaimi, Setiausaha Persatuan Pegawai Psikologi Klinikal Malaysia (Malaysian Society of Clincal Psychologist)
* Dr Firdaus Abdul Gani adalah Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA)
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Dr Firdaus Abdul Gani
Tue Nov 19 2019

DR FIRDAUS: Ada juga kes di mana perawatan psikoterapi sahaja tidak memadai dan memerlukan kombinasi dengan ubatan. - Gambar Hiasan

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pakar psikiatri, pegawai psikologi atau kaunselor: Sama atau berbeza?
Pakar psikiatri boleh memberikan preskripsi ubatan kepada pesakit manakala pegawai piskologi tidak boleh berbuat demikian.