Pekerja kontrak kerajaan, atau apa yang digelar pekerja khidmat singkat, harus menerima kenyataan khidmat mereka mungkin tidak disambung lagi. '
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin, kerajaan Pakatan Harapan walau bagaimanapun akan mengkaji kes dan rayuan kelompok pekerja berkenaan mengikut 'case-to-case basis' bagi membolehkan mereka diserap ke agensi atau jabatan kerajaan yang lain.
“Saya akui memang bila orang bekerja ini kalau kita berhentikan memang ada masalah. Tapi pada masa sama juga, apabila kita melantik mana-mana pegawai (kerajaan), kita juga beritahu bahawa mereka seharusnya kena terima hakikat mungkin mereka tidak akan disambung kontrak.
“Kalau mereka tidak mematuhi atau memenuhi syarat, tidak bolehlah nak sambung semata mata nak jaga mereka. Tapi secara umumnya, kerajaan bukan suka suka tak lanjutkan kontrak, tetapi kita juga ada kekangan yang perlu ambil kira sebelum kita buat keputusan tak lanjutkan,” katanya sewaktu sesi Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) yang ingin mengetahui bilangan penjawat awam sambilan dan kontrak yang diberhentikan selepas kerajaan bertukar,
serta justifikasi pemberhentian mereka.
Mengulas lanjut, Mohamed Hanipa, yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata terdapat 14,868 orang pegawai kontrak telah dilantik di agensi tertentu seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).
Daripada jumlah itu, sebanyak 177 atau 1.2 peratus pegawai ditamatkan kontrak kerana projek atau tugasan mereka telah tamat, manakala 11,394 atau 76.6 peratus terus kekal berkhidmat buat masa kini.
Mengenai pampasan mereka yang ditamatkan kontrak, Mohamed Hanipa berkata ia akan dibayar, juga berdasarkan case-to-case basis.
Firdaus Azil
Mon Dec 03 2018

HANIPA: Kerajaan Pakatan Harapan walau bagaimanapun akan mengkaji kes dan rayuan kelompok pekerja berkenaan mengikut 'case-to-case basis'. -Gambar fail

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Pakatan Harapan bukan suka-suka tamatkan kontrak penjawat awam - Hanipa
Kerajaan Pakatan Harapan akan mengkaji kes dan rayuan kelompok pekerja berkenaan mengikut 'case-to-case basis' bagi membolehkan mereka diserap ke agensi atau jabatan kerajaan yang lain.